37 orang terbunuh dalam rusuhan pilihan raya

KENYA, 20 Muharram 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya 37 orang, termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam rusuhan, gara-gara membantah keputusan pilihan raya di Kenya, semalam.

“Sebahagian daripada mangsa meninggal dunia disebabkan oleh tembakan yang dilepaskan dan selebihnya dibunuh oleh pihak polis,” lapor kumpulan hak asasi manusia tempatan.

Turut dilaporkan bahawa salah seorang mangsa yang terbunuh adalah bayi perempuan yang berusia dalam lingkungan enam bulan.

Secara keseluruhannya, semua mangsa rusuhan yang terbunuh adalah di kawasan kubu kuat pembangkang sebuah perkampungan miskin.

Protes ini dikatakan bermula setelah mahkamah agung negara itu mengumumkan keputusan pemenang pemilihan 8 Ogos lalu oleh Presiden Uhuru Kenyatta, tidak sah dan terbatal.

“Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku dalam lembaga pilihan raya ketika undian dijalankan dan hal ini telah merosakkan integriti pilihan raya negara ini,” kata mahkamah yang berpusat di Nairobi.

Beratus-ratus penunjuk perasaan yang menyertai rusuhan berkenaan diketuai ahli politik pembangkang, James Orengo yang bertekad menuntut pembaharuan dalam pilihan raya kali ini.

“Kami hanya akan mengambil bahagian dalam pilihan raya di mana hasilnya adalah adil dan bebas,” kata Orengo kepada penyokongnya.

Penunjuk perasaan turut mengadakan rusuhan pada minggu lalu, namun pasukan keselamatan berjaya meleraikan rusuhan berkenaan. – Agensi

The post 37 orang terbunuh dalam rusuhan pilihan raya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian