Aktivis British jalan kaki dari UK ke Palestin bantah Deklarasi Balfour

UNITED KINGDOM, 10 Safar 1439H, Isnin – Lebih 100 aktivis British berjalan kaki selama enam bulan, kira-kira 174 hari dari United Kingdom ke Palestin bagi membantah program sambutan 100 Tahun Deklarasi Balfour.

Deklarasi Balfour ialah satu surat bertarikh 2 November 1917 dari Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild, pemimpin komuniti Yahudi Inggeris, untuk dikirimkan kepada Zionis.

Surat itu menyatakan polisi yang dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet Inggeris pada 31 Oktober 1917, iaitu antara lain menyebut bahawa pemerintah Inggeris menyokong rancangan Zionis mewujudkan negara Yahudi di Palestin.

Ia memberi makna, deklarasi itu memberi hak kepada Yahudi menduduki dan menjajahi bumi Palestin serta membentuk negara haram Israel.

Sehubungan itu, 100 aktivis berkenaan cuba melancarkan kempen menolak pendudukan Israel, lapor portal berita Al-Arabiya.

Mereka dikatakan sanggup berjalan beribu-ribu kilometer merentasi 11 negara bagi mengisytihar bantahan mereka terhadap deklarasi itu.

Deklarasi Balfour ini merupakan batu asas penjajahan ke atas bumi Palestin yang diletakkan oleh Britain dan secara rasmi menafikan hak kewujudan rakyat Palestin ke atas bumi dan tanah air mereka sendiri. – Agensi

The post Aktivis British jalan kaki dari UK ke Palestin bantah Deklarasi Balfour appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian