Aktivis ISMA perlu yakin akan bakat yang terpendam dalam diri masing-masing – ISMA Australia

Menyambut baik tiga Aspirasi ISMA Australia yang digagaskan oleh Tuan Pengerusi ISMA Australia semasa Konvensyen Aspirasi Isma Australia (KARISMA) 2017 baru-baru ini, saudara Adib Hafifi Md Soh selaku Ketua Jawatankuasa Cawangan South Australia telah menyampaikan perbahasan idea serta pandangan yang mampu menjadi penyumbang kepada pencapaian Aspirasi Nasional tersebut.

Dalam perbahasan beliau, saudara Adib menegaskan bahawa setiap insan berpotensi meninggalkan impak kepada masyarakat sekeliling. Namun potensi diri itu perlu digilap dan ditonjolkan agar kita tidak tenggelam menjadi seperti manusia kebiasaan yang memilih untuk kekal menjadi biasa.

“Allah telah berfirman dalam surah at-Tin ayat keempat, ‘Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).’ Lantas, semua aktivis perlu yakin akan nikmat dan bakat yang terpendam dalam diri masing-masing,” sambung Saudara Adib.

Tambahan itu, para hadirin juga dIingatkan oleh beliau untuk kembali kepada objektif kewujudan biro-biro yang baru ditubuhkan semasa sesi 16/17 yang lepas seperti Biro Komunikasi dan Multimedia serta Biro Beliawanis yang bertujuan untuk meraikan bakat-bakat terpendam dan minat serta kebolehan yang ada pada diri setiap ahli-ahli ISMA.

“Wujudnya biro-biro ini adalah sebagai satu inisiatif untuk kita semua menabur bakti dalam membina kebangkitan ummah yang sedang lena tidur. Hal ini bertepatan dengan sirah zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu. Baginda meraikan setiap bakat yang ada pada diri para sahabat. Maka kita telah mewujudkan agensi-agensi di bawah ISMA ini untuk memperkasakan ahli-ahli dan rakyat umum untuk sama-sama mewujudkan keterlibatan dengan ISMA,” ujarnya lagi.

Beliau juga mengingatkan kepada semua ahli bahawa hakikat sebenar perjuangan ini adalah sunyi dan jauh perjalanannya.

“Apabila kita ditimpa ujian dan terasa dada sempit diuji Allah SWT, ingatkan kembali kisah Nabi Yusuf AS. Disebalik segala kesengsaraan yang ditimpa Nabi Yusuf AS, terdapat tujuan yang lebih besar menanti. Tanpa melalui segala penyiksaan dan pahit getir pada awal kehidupan, mana mungkin nabi Yusuf AS berjaya menyelamatkan rakyat sebuah negara termasuk ahli keluarganya sendiri. Diingatkan juga Nabi Yusuf AS berani dan yakin terhadap kemampuannya untuk memegang jawatan tersebut. Kesimpulannya, disebalik apa-apa ujian berat yang kita hadapi, yakin bahawa ada kemenangan yang lebih besar menanti setiap muslim yang bersabar dan yakin terhadap qada’ dan qadar Allah SWT,” tegas saudara Adib lagi.

Kesimpulannya, halangan terbesar potensi terpendam seseorang adalah diri sendiri. Limitasi diri seseorang itu berpunca daripada diri kita sendiri. Slogan ‘Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan…’ bukan sekadar lirik semata-mata namun dipegang dan diimani oleh setiap ahli ISMA dalam usaha untuk maju kehadapan dan mengorak langkah perubahan masa hadapan.

 

ADIB HAFIFI MD SOH
Ahli Biro Komunikasi dan Multimedia
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Australia

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian