Amin Senin dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu

BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dr Amin Senin sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia baharu, berkuat kuasa Khamis ini.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan Dr Amin adalah menggantikan tempat Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof yang menamatkan perkhidmatannya hari ini.

Dr Amin telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Pendidikan pada 1 Ogos 1984.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) itu juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah di Institut Aminuddin Baki dan Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.

“Pada masa yang sama, bagi pihak kerajaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof di atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau selama lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam,” kata Ali Hamsa.

The post Amin Senin dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian