Arab Saudi ikrar laksana Islam sederhana, tentang ekstremisme

RIYADH, 4 Safar 1439H, Selasa – Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman berkata, Arab Saudi kini sedang menuju ke arah pelaksanaan Islam yang sederhana serta terbuka dan menentang ekstremisme.

Katanya, Arab Saudi akan kembali kepada Islam sebelum ini yang sederhana dan terbuka kepada semua agama serta masyarakat dunia.

Berucap pada satu forum ekonomi di sini hari ini, beliau berkata, apa yang dikehendaki ialah cara hidup yang normal di mana Islam mengajar umatnya bertoleransi dan baik hati.

“Kita tidak akan menghabiskan 30 tahun hidup kita pada masa akan datang berurusan dengan idea yang merosakkan. Kita akan menghancurkannya hari ini. Kami akan menamatkan ekstremisme seberapa segera,” katanya.

Kenyataan beliau dikeluarkan beberapa jam selepas Arab Saudi melancarkan zon perusahaan bernilai AS$500 bilion di Neom bersempadan dengan Jordan, yang akan dibuka kepada pelabur luar negara dan akan berada di luar peraturan kerajaan Pusat.

Pengumuman itu dikaitkan dengan ‘bebas undang-undang syariah’ yang dirancang bagi kawasan resort pelancongan baharu di Laut Merah, dan keputusan menarik balik pengharaman memandu kenderaan oleh wanita. – Agensi

The post Arab Saudi ikrar laksana Islam sederhana, tentang ekstremisme appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian