AS, Israel keluar dari UNESCO

WASHINGTON,24 Muharram 1439H, Sabtu – Amerika Syarikat mengumumkan menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kerana menuduh agensi berkenaan berat sebelah terhadap Israel.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Heather Nauert berkata, AS akan menubuhkan anggota pemerhati untuk menggantikan perwakilannya di agensi yang berpusat di Paris itu.

Sebelum ini, AS pernah meninggalkan UNESCO, iaitu ketika pentadbiran Ronald Reagan kerana mendakwa berlaku salah urus kewangan dan pelaksanaan polisi anti negara itu.

Bagaimanapun, ia kembali menyertai agensi itu pada 2002, namun Presiden Barack Obama menghentikan pembiayaan kepada badan berkenaan berikutan mengiktiraf Palestin sebagai anggotanya.

AS menentang sebarang tindakan oleh badan-badan PBB yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, dan menegaskan bahawa organisasi itu harus menunggu rundingan perjanjian damai Timur Tengah.

Israel dalam satu kenyataan memuji keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump yang disifatkan berani dan bermoral selain akan mengikut jejak AS untuk keluar daripada UNESCO.

“Perdana Menteri mengarahkan kementerian luar negara bersiap sedia untuk menarik diri daripada organisasi berkenaan bersama AS,” kata pejabat Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan.- Agensi

The post AS, Israel keluar dari UNESCO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian