Bangladesh, Myanmar bekerjasama tangani krisis pelarian Rohingya
DHAKA, 12 Muharram 1439H, Isnin – Bangladesh dan Myanmar bersetuju menubuhkan kumpulan kerjasama yang berperanan untuk membuka jalan bagi menghantar balik ratusan etnik minoriti Islam Rohingya di Bangladesh.
Perjanjian berkenaan dicapai susulan perbincangan yang diadakan antara Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood dengan pegawai kerajaan Myanmar, Tint Swe di Dhaka hari ini.
“Kami tidak sabar untuk penyelesaian damai bagi krisis tersebut. Rundingan itu diadakan dalam suasana yang harmoni dan Myanmar telah membuat cadangan untuk ambil kembali pelarian Rohingya.
“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk membuat cadangan membentuk kumpulan kerjasama bagi menyelaraskan proses penghantaran balik (Rohingya),” kata Mahmood kepada pemberita.
Sejak beberapa bulan lalu, hampir 510,000 etnik muslim Rohingya menyeberangi sempadan Myanmar ke Bangladesh, bagi mendapatkan perlindungan di kem pelarian di Cox’s Bazar.- Agensi
The post Bangladesh, Myanmar bekerjasama tangani krisis pelarian Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan