Banyak darah, muntah dalam mulut Kim Chol

SHAH ALAM, 13 Muharram 1439H, Selasa – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ada banyak campuran darah, muntah dan air liur dalam mulut Kim Chol atau Kim Jong-nam semasa dia diberi rawatan di sebuah klinik perubatan.

Dr Nik Mohd Adzrul Ariff Raja Azlan, doktor di Klinik Perubatan Menara di klia2, berkata campuran cecair dalam mulut pesakit menyekat pandangannya untuk mencari pembukaan trakea.

“Jadi kita terpaksa menyedut cecair itu keluar terlebih dahulu sebelum meneruskan prosedur intubasi. Selepas membersihkan cecair menggunakan mesin sedutan, saya baru dapat melihat pembukaan trakea dengan jelas dan intubasi berjaya dilakukan.

“Ini dibuktikan dengan peningkatan penepuan oksigen sehingga 93 hingga 94 peratus di bawah intubasi,” kata beliau semasa memberi keterangan pada perbicaraan warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, yang menghadapi pertuduhan bersama-sama empat yang lain yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Februari tahun ini.

Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin tentang mengapa pesakit terpaksa menjalani intubasi, saksi keempat itu berkata, ini kerana peredaran oksigen pesakit adalah perlahan dan tahap penepuan tidak dapat kembali normal walaupun diberi masker muka dan musker hidro.

Doktor itu berkata, selepas intubasi, tekanan darah pesakit telah bertambah baik dan bacaannya ialah 108/70 sementara denyutan nadi menunjukkan kepada 90 hingga 100 seminit dan penepuan ialah 94 peratus.

“Oleh itu, pesakitt berada dalam keadaan stabil tetapi kata perlu memindahkan pesakit ke hospital bahagian ICU,” kata beliau ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Ariffin.

Beliau berkata, sebelum ini tekanan darah pesait tiba-tiba menurun ke tahap sangat rendah dari 220/109 kepada 70/40, dan bahawa beliau kemudian perlu memberi atropin dan adrenalin untuk terus memulihkan keadaannya.

Dr Nik Mohd Adzrul Ariff berkata, lelaki itu mengalami sawan ketika dihantar ke klinik dan dia menggenggam kuat kepalanya. – Bernama

The post Banyak darah, muntah dalam mulut Kim Chol appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian