Bloodhound impi capai 1,610 kilometer sejam

 

LONDON, 6 Safar 1439H, Khamis – Sebuah kereta Britain yang direka khas bagi mencecah kelajuan 1,000 batu sejam (1,610 kilometer sejam) akan melakukan pecutan pertama di Cornwall bermula hari ini hingga lusa.

Menggunakan kuasa enjin jet dan roket, Bloodhound SSC kini sedang menjalani ujian kelajuan minimum bagi mencapai 320 kilometer sejam di landasan Lapangan Terbang Newquay, Britain.

Dipandu oleh juruterbang Tentera Udara Diraja United Kingdom, Komander Andy Green, kereta itu menyasarkan untuk memecah rekod kelajuan di daratan dua tahun lagi.

Ini akan dilakukan di atas landasan khas yang disediakan di tasik kering di Northern Cape, Afrika Selatan.

“Semua ini untuk menunjukkan kepada dunia siapa kita. Kami mereka dan membina sebuah kereta yang paling luar biasa, canggih dan berprestasi tinggi bagi mencatat rekod dan sejarah kelajuan di daratan.

“Ia akan melakukan 0-200 batu sejam dalam lapan saat. Bagi kenderaan seberat lima tan, ia adalah kemunculan yang dinantikan,” katanya.

Ia juga tepat 20 tahun sejak juruterbang RAF memandu kenderaan berkuasa jet Thrust SSC mengatasi kelajuan bunyi dengan rekod 763 batu sejam (1,227kmj) di padang pasir Nevada, Amerika Syarikat.

Jentera baru ini mendapat manfaat daripada usaha meningkatkan teknologi permotoran sejak dua dekad lalu dan bukan sahaja mendapat bantuan daripada penggunaan enjin jet Eurofighter-Typhoon, tetapi juga tujahan kuasa roket.

Bloodhound pada mulanya disasarkan bagi mengetasi rekod sedia ada melebihi 800 batu sejam, tetapi akhirnya mencapai kelajuan yang tidak mungkin ada sesiapa lagi yang akan berusaha menandinginya pada masa depan.

Kereta berbentuk anak panah itu mengambil masa selama sembilan tahun untuk dibangunkan dan masih menunggu motor roket dari Norway.

Bagaimanapun, ia kini pada peringkat ujian memperlahankan kelajuan, ujian prestasi unit kuasa Eurofighter, stereng, brek, suspensi dan sistem elektronik.

Disebabkan landasan Newquay yang pendek iaitu 2.7 kilometer ia menghalang kelajuan yang boleh dicapai Bloodhound sebelum diperlahan, membrek dan berhenti dengan selamat.

Bermula hari ini, esok dan lusa Bloodhound akan menjalani beberapa sesi ujian pecutan pertamanya yang turut dibuka untuk tontonan ramai. – Agensi

The post Bloodhound impi capai 1,610 kilometer sejam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian