‘Boikot Shell kerana sokong LGBT’

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 21 Muharram 1439H, Rabu – Laman Facebook milik syarikat minyak gergasi, Shell diserang oleh pengguna media sosial yang membantah kempen syarikat berkenaan mempromosi sokongan terhadap kumpulan ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender’ (LGBT).

Kurang 24 jam laman Facebook syarikat berkenaan menukar logonya dengan berlatarbelakangkan bendera pelangi LGBT, lebih 400 perkongsian dan ratusan netizen meninggalkan komen mereka.

Kempen itu menyebabkan rata-rata netizen kesal dan marah dengan Shell, sekali gus menggesa penggunanya berhenti daripada membeli minyak dan produk syarikat terbabit.

“I won’t buying Shell anymore,” tulis Amy Ames.

“No more Shell products for me,” tulis Gerald Murray.

Sementara Farid Hamidi Ramli menggesa orang ramai khususnya pelanggan tetap Shell supaya memboikot syarikat berkenaan.

“Saya fikir Shell adalah syarikat yang berpelajaran. Mereka patut fikir sebaiknya mengenai perkara ini,” katanya.

“OMG. Banning this company from my car. If you want to support anything critical like this at least dont make it public. And now face the consequences of you idiotic following,” tulis Jay Howard.

Menerusi laman web Shell Global, syarikat itu menyatakan keprihatinan dan sokongan terhadap LGBT sekali gus membenarkan golongan berkenaan menjadi sebahagian daripada kakitangannya.

“Di Shell kami mengambil berat mengenai kepelbagaian masyarakat kerana kami percaya bahawa tempat kerja yang inklusif sepenuhnya membolehkan kakitangan kami berkembang, begitu juga dengan perniagaan.

“Apabila kakitangan cemerlang, kami juga cemerlang. Atas sebab ity, kami berbangga menyokong kakitangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kami, yang mempromosikan kesaksamaan kepada pekerja tanpa mengambil kira orientasi seksual dan identiti jantina,” kata Shell.

Syarikat berkenaan turut menubuhkan ‘Shell LGBT Network’ sebagai ruang sokongan untuk golongan LGBT mencari keyakinan diri mereka untuk bekerja.

Menurut Shell, rangkaian LGBT itu pertama telah ditubuhkan di Shell Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1997 diikuti di seluruh dunia termasuk United Kingdom (UK), Belanda, Kanada, India dan terbaru pada 2015 di Afrika Selatan.

The post ‘Boikot Shell kerana sokong LGBT’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian