Dobi: Jahat dan busuknya ultra kiasu

JARANG sekali ketua pengarang sesebuah akhbar turut membuat liputan berita-berita semasa, berbanding anak buahnya. Tetapi itulah yang berlaku kepada akhbar ultra kiasu berbahasa Inggeris dan tidak ketinggalan yang berbahasa Cina. Ultra kiasu ini mengambil sepenuh peluang menangguk di air keruh, membuat liputan berita “dobi for Muslim only”.

Beliau memanipulasi setiap peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej Islam agar penganutnya yang sekular dan liberal semakin jauh daripada Islam, seterusnya meninggalkan Islam (menjadi murtad). Manakala yang bukan Islam semakin membenci Islam, yang selama ini mula mendekati.

Selepas ini, tercapai perancangan busuk nafsu serakah mereka, Islam dianggap sebagai agama yang eksklusif untuk orang tertentu sahaja bukan seperti fitrah keuniversalannya untuk semua. Bertepuk gembiralah mereka, Islam tidak mendapat sambutan dan dianggap sebagai Taliban. Mereka boleh berpesta arak, berpesta zina, berpesta babi, berpesta judi, berpesta hiburan hedonisme, berpesta gay dan berbagai-bagai pesta lagi.

Isu kedai dobi ini adalah isu yang amat kecil dan sangat terpencil, tetapi sengaja diperbesarkan dan disensasikan. Malang sekali jika kita tidak dapat mencium perancangan jahat dan busuknya. Memanglah kenyataan dan tindakan tersebut nampak seperti ekstrem, rasis dan Taliban. Mana tidaknya apabila terpampang papan tanda, “for Muslim only, dan “Mesra Muslim. Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian. Segala kesulitan amat dikesali”. Ini perkara biasa.

Banyak tempat yang terpampang, “for non Muslim only”, seperti kedai arak, kedai judi, kedai babi dan macam-macam kedai tidak halal. Kenapa kita tidak kata itu rasis, ekstrem dan pelbagai istilah negatif lagi. Sebab kita faham, mereka tinggal dalam sebuah negara Islam. Orang Islam ada ‘hak-hak tertentu’ sebab ini bumi asal usul bumi mereka. Sama seperti umat Islam yang menjadi minoriti di negara-negara bukan Islam, apakah mereka mendapat hak-hak mereka sepenuhnya? Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terpaksa hidup dalam kawasan bergelumang maksiat dan makanan haram. Bergemulang dengan babi, judi, arak, zina dan sebagainya.

Justeru, apa masalah jika umat Islam mahukan hak mereka di negara asal usul mereka? Salahkah? Rasiskah tindakan itu? Jawapannya, TIDAK. Asas ajaran Islam mengharamkan rasis, mendiskriminasi atau membenci orang lain atau bukan Islam atau orang kafir. Bagaimana Islam boleh berkembang sehingga ke hari ini jika mengambil tindakan sedemikian? Islam berkembang di mana? Di kawasan Islam atau bukan Islam? Jawapannya, di kawasan bukan Islam.

Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan tindakan kedai dobi tersebut atas nama dakwah. Apakah selepas ini, orang Islam akan menyamak wang siling dan wang kertas sebelum menyimpan dalam wallet atau beg kerana wang ini sudah berlegar di kedai-kedai babi. Termasuk juga kedai arak, kedai judi, kelab malam dan berbagai-bagai tempat maksiat lagi. Selepas ini akan timbul fatwa, apakah solat kita sah atau tidak, membawa wang dalam poket ketika solat. Apakah selepas ini semua pakat-pakat mengeluarkan wang dan meletakkannya di tempat lain supaya tidak dibawa ketika bersolat? Jika itulah yang berlaku, berpestalah pencuri-pencuri selepas ini.

Saudaraku, inilah realiti yang perlu difahami hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Kita tidak mendapat suci dan sesuci-sucinya. Tidak perlulah kita bertanya lebih lanjut, apakah  si pemakai pernah makan babi atau anjing, pakaian terkena najis babi atau tidak, kencing berak basuh atau tidak. Tidak perlulah sebegitu ekstrem.

Nanti kita akan ditertawakan. Jika kumpulan kita ini terlalu suci, mengambil berat soal halal haram, kenapa kumpulan inilah yang memenuhi penjara, pusat serenti, menagih dadah, merempit, melepak, seks bebas dan sebagainya. Kita terlalu sensitif dengan najis sana dan najis sini, tetapi gagal dalam mendidik anak-anak untuk menjadi manusia, beramal dengan Islam sepenuhnya. Negara Islam tidak pernah masuk dalam ranking 10 teratas negara terbersih dunia, tidak juga dalam rangking 20, 30 dan 40. Rata-rata negara Islam rankingnya tidak bersih, sebagaimana negara pemakan babi, peminum arak, pengamal zina dan sebagainya.

Pendek kata, mereka yang selalu bergemulang dengan ‘najis’ dan makan makanan haram, anak mereka tidak terlibat dalam gejala buruk, malah amat rajin bekerja mencari wang, sehingga menguasai lebih 70 peratus ekonomi negara ini.

Bukanlah tujuan saya selepas ini kita berlonggar atau bermain dengan najis berat. Tetapi untuk mendapatkan seratus peratus suci dan sesucinya memanglah payah. Terimalah hakikat dan realiti bahawa Islam lahir atau beranak di kawasan orang bukan Islam. Islam tidak bermula di kawasan orang Islam, kerana mana ada orang Islam ketika Islam diwahyukan kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Dalam maksud, Islam lahirkan di kawasan orang bukan Islam, kawasan orang jahil, kawasan kotor, kawasan zina, kawasan arak atau kawasan maksiat. Bagaimanakah Islam berkembang? Islam berkembang dengan hikmah. Dengan hikmah akhirnya Islam berjaya membersihkan yang kotor, menyucikan yang tidak suci. Lebih hebat lagi, mengIslamkan yang bukan Islam, sehingga seluruh tanah Arab menjadi bersih suci. Seterusnya Islam terbesar ke seluruh dunia seperti yang kita lihat hari ini. Dunia hampir menjadi bersih sepenuhnya.

Justeru, janganlah kerana ada bukan Islam yang membawa pakaian terkena najis babi atau mungkin sengaja mereka membawa pakaian yang ‘dibabikan’,  untuk didobikan, sehingga kita mengambil tindakan menyekat mereka datang dengan tulisan ‘for Muslim only’.

Tetapi, setelah termenung panjang, terfikir juga saya kenapa peniaga sanggup menanggung kerugian dengan menghadkan pelanggannya untuk orang Islam sahaja. Apakah peniaga ini tidak mahu mengaut keuntungan yang banyak dengan bertindak sedemikian. Mesti ada sebabnya? Dia pula tahu sebelah kedai dia ada dobi bukan Islam. Kenapa dia pun tidak mahu bersaing atau pun tamak mengaut monopoli keuntungan? Baik sungguh dia memberi rezeki kepada bukan Islam, jika dipandang daripada segi positifnya.

Sepatutnya ultra kiasu bertepuk gembira kerana tidak perlu bersaing dengan peniaga Islam. Orang bukan Islam boleh terus pergi ke dobi bukan Islam. Rezeki kepada mereka. Kenapa perlu bangkitkan atau kaitkan dengan diskriminasi, rasis atau Taliban sehingga pembesar negara terpalit sama. Lagipun itu hak dia, kedai dia, duit dia. Suka hati dialah.  Kenapa kita salahkan penjajah Inggeris selama ini yang memisahkan kita mengikut bangsa sehingga menjadi rasis kelihatannya. Masyarakat yang bersifat pluraliti menjadi pluralistik. Interaksi yang ikhlas menjadi interaksi secara terpaksa.

Peniaga dobi tersebut secara terang berkata, beliau tidak pernah memusuhi bukan Islam dan hubungan beliau dengan bukan Islam sangat baik. Peliknya kenapa akhbar ultra kiasu membesar-besarkan isu sehingga pembesar campurtangan? Inilah perancangan busuk dan jahatnya ultra kiasu.

Apakah ultra kiasu menjual babi dan menternak babi di kawasan berhampiran dengan penempatan orang Islam tidak rasis. Kenapa tidak ternak sahaja di kawasan berdekatan mereka. Bukankah itu menjadi kesukaan dan kegemaran mereka? Oh ya, baru saya ingat, ultra kiasu suka makan babi, tetapi tidak suka bau najis babi.

Sama juga kelihatan, kenapa kawasan perkuburan mereka selalu dibuat berhampiran dengan kampung-kampung orang Islam, kenapa tidak letak sahaja berhampiran dengan kawasan mereka. Muslihat tidak rasis apa ini? Oh ya, saya lupa, mereka suka hantu pergi ke kawasan orang Islam dan menjauhi kawasan mereka.

Sebenarnya ultra kiasu tahu, tidak sepatutnya ia disensasikan. Tetapi ultra kiasu jahat ini terus mengambil peluang. Sebab pelakunya Melayu.

Ini mengingatkan saya insiden ketuk ketampi di penjara November 2005, melibatkan seorang wanita Cina (China) bogel dalam penjara ketika zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Ketika berita tersebut,video berdurasi 20 saat itu belum dapat disahkan bangsa apakah yang terlibat, akhbar ultra kiasu heboh, kononnya wanita Cina (daripada China) telah dianiaya dipenjara. Hanya dengan melihat kulitnya berwarna putih daripada belakang. Sehingggakan Pak Lah turut terpaksa menghantar diplomat kita ke China untuk meminta maaf kepada kerajaan China. Begitulah baiknya orang Melayu. Buat salah sikit yang belum tentu salah dia, belum dibuktikan, dah minta maaf. Orang yang seumur hidup mereka buat salah, tidak pernah dipaksa minta maaf.

Namun, setelah siasatan dibuat, rupa-rupanya insiden ketuk ketampi wanita bogel tersebut bukan warga China tetapi orang Melayu. Selepas disahkan Melayu, senyap sunyi akhbar ultra kiasu tersebut. Tidak ada liputan rasis lagi. Masihkah kita buta? Buta hati dan buta mata?

Inilah nasib Melayu di bumi sendiri. Apabila kesilapan itu dilakukan oleh Melayu maka heboh satu Malaysia. Tetapi apabila melibatkan ultra kiasu, sepi sesepi-sepinya. Inilah agenda jahat dan busuknya ultra kiasu. Tolak mereka dan jangan beri undi kepada mereka dalam PRU akan datang walaupun sekerat.

Jika hanya kerana dobi mesra Muslim dikatakan rasis dan Taliban, bagaimana dengan tindakan ultra kiasu yang amat rasis sebelum yang cuba disenyapkan. Mari kira lihat tindakan rasis ultra kiasu satu persatu daripada dahulu hingga sekarang.

Pertama, insiden ketuk ketampi pada tahun 2005 seperti yang saya sebutkan di atas.

Kedua, kajian dan bukti kukuh yang dibuat oleh penyelidik (pensyarah) Cina sendiri di Universiti Malaya pada tahun 2012, terhadap syarikat Cina yang lebih cenderung memilih graduan Cina daripada graduan Melayu. Manakala syarikat Melayu lebih terbuka dalam mengambil graduan Cina. Siapa yang lebih terbuka dan siapa yang terlebih rasis? Cina atau Melayu? Ketua pengarang akhbar ultra kiasu sila jawab.

Ketiga, syarat ketat Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong dan Zong Jiao Zong kepada guru-guru bukan Cina (Melayu dan India) yang mengajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mesti mendapat kredit dalam SPM dalam Bahasa Cina sebelum layak mengajar di SJKC. Mereka yang meletakkan syarat ini tinggal di mana? Di China atau Malaysia? Apakah ini tidak terlebih ekstrem atau rasis? Malang sungguh kita, kera di hutan disusukan anak di rumah mati tak makan. Peliknya, kenapa mufti Perlis, orang kuat CIMB, G25, SIS dan ramai lagi orang Melayu yang sakit otak tidak kata ini rasis?

Keempat, penolakan NGO rasis Cina terhadap pengajaran sabjek sejarah dalam BM di SJKC. Apabila persatuan rasis Cina yang saya sebut di atas, menolak pengajaran subjek sejarah dalam Bahasa Melayu (BM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah oleh Kementerian Pendidikan, termasuk SJKC dalam Bahasa Melayu ditolak mentah-mentah oleh si rasis ini dan langsung tidak dilaksanakan di SJKC, tidak pula dikatakan rasis. Kenapa semua akhbar ultra kiasu diam? Apakah kita pekak bahawa subjek sejarah diajar dalam Bahasa Cina di SJKC hari ini. SJKC langsung tidak mengendahkan arahan kerajaan.

Bayangkan, bagaimana boleh berlaku, arahan kerajaan yang diluluskan dan dikuatkuasakan tidak diendahkan oleh warganegara yang hidup di bumi bertuah ini. Terlebih malang lagi, ia langsung tidak dikatakan rasis? Politik apakah yang kita sedang mainkan ini? Hanya kerana laparkan undi, kita gadaikan agenda negara. Apakah mufti Perlis, mengambil tahu atau tidak perkara ini? Jika sudah tahu selepas pendedahan ini, bersuaralah. Siapa yang lebih rasis?

Kelima, sedar atau tidak selama ini mewujudkan sekolah vernakular berasaskan kaum itu sangat rasis. Saya pernah diberitahu, ada guru Cina yang mengajar subjek sejarah di SJKC menyamakan Raja-Raja Melayu dengan sakai. Insiden seperti ini banyak berlaku, tetapi tidak pernah disensasikan, hanya kerana tidak ramai orang Melayu di SJKC. Yang dikatakan hampirkan 20 peratus anak-anak Melayu di SJKC, hampir separuh daripadanya berbin Abdullah, iaitu anak luar nikah, yang mana ibu bapanya malu anak tersebut dihantar di Sekolah Kebangsaan.

Keenam, sedar atau tidak, syarikat ultra kiasu yang mengambil pekerja Melayu untuk melariskan jualan mereka supaya dapat status halal dan dapat memikat pelanggan Melayu walaupun sebenarnya ada yang tidak halal. Ini tidak termasuk pekerja-pekerja Melayu yang tidak dibenarkan menunaikan solat jumaat pada hari Jumaat, kerana didakwa membuang masa.

Ketujuh, lambakan NGO-NGO Cina melebihi bilangan NGO-NGO Melayu, mempertahankan hak kaum masing-masing, apakah tindakan ini tidak rasis. Untuk makluman, di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Melayu dan bumiputera, beragama Islam, bilangan NGO Cina lebih banyak daripada NGO kaum majoriti. Terdapat hampir 9000 NGO Cina, berada di tangga teratas, berbanding dengan NGO Melayu dan Bumiputera. Apakah ini tidak rasis?

Kelapan, begitu juga dengan akhbar cetak, surat khabar. Walaupun Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan, bilangan akhbar Cina jauh melebihi bilangan akhbar berbahasa Melayu. Akhbar berbahasa Melayu paling banyak ada kurang daripada lima. Akhbar Cina melebihi 10 dan diterbitkan dua kali sehari. Jika dicampurkan dengan akhbar Tamil, Bahasa Inggeris dan lain-lain, ternyata akhbar Bahasa kebangsaan tersangat sedikit.

Kesembilan, sedar atau tidak. Siaran televisyen, lebih banyak berbahasa Cina daripada berbahasa Melayu di dalam sebuah negara berasal-usulkan Melayu. Kalau tidak percaya sila buka siaran TV, termasuk radio awam dan swasta. Lihat dan bandingkan, berapa banyak siaran dalam Bahasa kebangsaan dan berapa banyak siaran dalam bahasa bukan Melayu, terutama siaran saluran China, Hong Kong dan Taiwan. Pergilah ke rumah mereka lihat. Mereka langsung tidak membuka siaran tv atau radio Bahasa Melayu. Kecuali adik-beradik saya dan sebahagian Cina Kelantan dan Terengganu. Saya bukan rasis. Tetapi jika terlalu ditonjolkan siapa lebih rasis? Maka saya tidak boleh berdiam diri.

Kesepuluh, kita perasan atau tidak, penajaan iklan dalam rancangan-rancangan tv. Cuba lihat siapa penajanya untuk rancangan berbahasa Cina dengan rancangan berbahasa Melayu. Jika masih belum perasaan, saya ingin mengajak saudara menonton bersama untuk melihat siapa lebih rasis, siapa tidak.  Ini tidak termasuk iklan lucah syarikat penerbangan murah yang mahu meliberalkan orang Melayu dengan menggunakan karikatur buah dada wanita yang mendapat kecaman daripada netizen. Hina sungguh syarikat ini untuk mencari keuntungan dan merosakkan Melayu. Kecaman yang diberikan tidak sehebat kepada dobi Melayu tersebut. Antara agenda meliberalkan Melayu Islam dengan dobi rasis, mana lebih bahaya?

Kesebelas, saya mohon masuklah ke bank-bank, syarikat komersial, kedai-kedai yang ada kepunyaan bukan Melayu di negara kita tercinta pada hari ini. Lihatlah penggunaan Bahasa yang digunakan. Adakah BM benar-benar didaulatkan sebagai ahasa negara dan bahasa kebangsaan? Boleh dikatakan syarikat yang dipunyai oleh bangsa Cina ini majoritinya langsung tidak mendaulatkan BM. Semuanya dalam bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris. Pergilah dan buat siasatan, jangan kata saya yang rasis selepas ini. Lebih malang lagi banyak syarikat Melayu dan GLC kerajaan turut mengkesampingan BM. Salah siapa? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Pergilah ke CIMB, Maybank dan banyak GLC kerajaan, lihatlah nasib Bahasa Melayu.

Kedua belas, pergilah ke kaunter bank Cina. Lihatlah berapa ramai pekerja Melayu dan berapa ramai pekerja Cina yang diberi jawatan tinggi. Jika ada pekerja Melayu, mereka hanya berada di kaunter, bertudung dan disyaratkan mesti boleh berbahasa Cina. Boleh dikatakan semua pekerja Melayu menjaga kaunter di bank Cina boleh berbahasa Cina. Bagaimana dengan Melayu berjawatan tinggi di bank tersebut? Ada atau tidak? Jawapannya, ada. Jawatannya adalah pegawai syariah bank yang bertanggungjawab memastikan produknya halal untuk menarik pelanggan Melayu berurusan, melabur dan menyimpan wang di bank tersebut.

Pendek kata, orang Melayu di syarikat Cina hanya untuk mengaburi mata orang Islam untuk meyakinkan produknya halal dan dapat status halal walaupun sebenarnya ada yang tidak halal. Kita pun tergoda kerana ada kata-kata Sistem Perbankan bersyariatkan syariat Islam. Inilah kosmetik yang berlaku dan sedang berlaku di negara tercinta. Mereka tidak rasis, kita yang mempertahankan hak kita yang menjadi hak sebenar dikatakan rasis.

Ketiga belas, berbanding dengan dengan bank GLC kerajaan, seperti Maybank dan CIMB juga GLC kerajaan yang lain. Berapa ramai orang Cina diberi kepercayaan menjawat jawatan tinggi. Siapa lebih rasis saudaraku. Masuklah ke dalam Maybank dan CIMB, saudara pasti akan dapat lihat warna warni Malaysia. Berbanding dengan bank rasis lain yang hanya meletakkan Melayu di kaunter-kaunter dan jabatan perbankan Islam.

Keempat belas, sedar atau tidak ultra kiasu ini sangat memandang rendah kepada bahasa dan budaya Melayu. Sesama mereka tidak akan pernah bercakap Melayu. Jauh sama sekali. Begitu juga dengan mengamalkan budaya Melayu. Amat jarang sekali melihat ultra memakai baju Melayu, termasuk dalam acara rasmi seperti pembukaan Parlimen. Rata-ratanya memakai pakaian Barat, bertali leher. Kita sahaja yang terhegeh-hegeh memakai pakaian mereka dan makan bersepit apabila bersama mereka ketika musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina. Pernahkah mereka memakaikan baju Melayu ketika mengunjungi rumah terbuka orang Melayu berhari raya? Jangan haraplah. Siapa yang hidung tak macung pipi tersorong-sorong?

Apabila kita memakai dan menggunakan Bahasa Cina dalam memberi ucapan dan mengamalkan budaya mereka seperti berpakaian ala Cina, maka mereka ultra kiasu ini berteriak dan menjerit, inilah 1Malaysia. Tetapi pernahkah mereka melakukan perkara yang sama terhadap kita dan kita pun menjerit inilah 1Malaysia. Jangan hipokrit. Jawapan saya mudah, ultra kiasu memandang rendah kepada Bahasa Melayu dan adat budaya Melayu. Memakai pakaian Melayu dan adat budaya Melayu dianggap sebagai “soi” atau sial. Saya sangat teruja untuk melihat presiden MCA, Gerakan, DAP dan lain-lain Cina memakai baju Melayu, bersongkok dan bersampin ketika mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri pada tahun hadapan.

Sebenarnya, banyak lagi yang mahu saya tonjolkan betapa rasisnya ultra kiasu. Artikel ini sudah menjadi terlalu panjang. Apapun, perancangan busuk, licik dan jahat ultra kiasu sangat terserlah dalam isu dobi ini, terutama untuk memburuk-burukkan agama Islam melalui sedikit mungkin ‘kesilapan’ kita. Tetapi yakinlah, ia tetap tidak akan berjaya, kerana kami sudah kenal siapa beliau.

Mungkin ada sedikit kesan kepada orang Islam yang jahil. Tetapi kepada mereka yang faham Islam, jangan haraplah. Malah kami akan bangun menentang kamu. Kami akan mempertahankan Islam meskipun nyawa menjadi korban. Kami tidak sepengecut seperti kamu. Menggunakan media yang diluluskan oleh kerajaan atas dasar persefahaman dalam parti komponen BN dan atas dasar demokrasi.

Sama seperti apa yang dilakukan musuh-musuh Islam di luar sana. Terus meneruskan memburukkan imej Islam dengan penonjolan berlebihan Daesh, IS dan ISIS, namun Islam terus mendapat sambutan dalam kalangan bukan Islam di serata dunia. Mungkin perkembangan Islam agak perlahan di Malaysia, tetapi amat cepat berlaku di dunia lain.

Semua ini berlaku kerana, bukan Islam di luar sana dapat membezakan, mana dia propaganda, mana dia perancangan busuk ultra kiasu dan mana Islam yang sebenar. PEW Research Centre berpengkalan di Amerima Syarikat, meramalkan pada tahun 2050, agama Islam akan menjadi agama terbesar dunia, mengatasi agama Kristian yang menjadi majoriti buat masa  ini. Logiknya kenapa Kristian lebih ramai buat masa ini kerana agama Kristian lebih lama daripada Islam daripada segi usianya. Wajarlah. Hampir 1,000 tahun perbezaaan.

Sebab itu, ultra kiasu ini sedaya upaya memastikan Islam tidak mendapat sambutan di negara Islam. Mereka mahukan umat Islam menjadi semakin liberal dan seterusnya keluar daripada Islam itu sendiri dan menentang Islam. Mereka mahu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam dan juga diharamkan oleh agama mereka sendiri. Mereka mahu menjadikan Malaysia ini, syurga arak, syurga judi, syurga segala maksiat dan sebagainya, barulah puas hati mereka.

Kesimpulannya, apa juga perkara berkaitan dengan Islam fundamental atau asas-asas hidup beragama, termasuk yang bukan Islam mahukannya, akan ditentang habis-habisan oleh ultra kiasu. Bapak segala rasis bukan kita, kerana agama Islam bersifat sejagat, amat melarang membenci dan mendiskriminasikan bukan Islam. Sangat jelas dalam al-Quran. Sebab itu hak-hak mereka sentiasa terjamin. Mereka lebih kaya daripada kita. Rumah ibadat mereka langsung kita tidak kacau, malah lebih banyak dan berganda-ganda daripada masjid dan surau. Tiga puluh ribu masjid surau. Lima ratus ribu rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara. Adilkah? Siapa yang terlebih baik ini? Mereka juga mendapat hak yang lebih banyak daripada kita.

Sebenarnya, lahirnya bapak segala rasis seperti ketua pengarang akhbar ultra kiasu tersebut disebabkan kita membenarkan kewujudan semua perkara berasaskan kaum seperti pendidikan, media massa, media cetak, NGO-NGO dan sebagainya tanpa melihat paksinya kepada Perlembagaan. Kita tidak memberi hak kepada yang berhak.Tetapi kita memberikan hak kepada yang ‘tidak berhak’ hanya kerana mahukan mengekalkan kuasa dan mendapatkan undi. Berbaloikah semua ini? Akhirnya, lahirkan ketua pengarang akhbar ultra kiasu yang menjadi bapak segala rasis tetapi berselindung bahawa mereka adalah pejuang semua kaum dan bersifat diversiti. Telanjangkan ultra kiasu ini. Saya pasti mereka tidak akan mengundi BN, tetapi parti ultra kiasu. Bukalah mata, buka hati. Jangan biarkan ia mati.

Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah

The post Dobi: Jahat dan busuknya ultra kiasu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian