Dua maut diserang di Marseille

 

MARSEILLE, 11 Muharram 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya dua orang maut akibat serangan pisau di stesen kereta api utama di bandar pelabuhan Mediterranean di Marseille, petang semalam.

Agensi berita Reuters memetik sumber polis bahawa salah seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian tekak di mana ianya dikelar manakala seorang lagi ditikam di perut.

Pendakwa raya tempatan, Xavier Tarabeux berkata, penyerang itu telah ditembak oleh askar yang meronda di sana.

Ketua Polis Perancis, Olivier de Mazieres turut mengesahkan laporan bahawa individu yang memegang pisau itu telah ditembak dan terbunuh dalam serangan yang berlaku pada jam 1.45 petang waktu tempatan.

Seorang lagi sumber polis berkata, suspek dianggarkan berusia antara 25 hingga 30 tahun dan tidak mempunyai kertas pengenalan diri.

Pihak berkuasa antikeganasan Perancis sedang menyiasat serangan itu.

Kumpulan perisikan SITE berkata, individu yang melakukan serangan itu mempunyai kaitan dengan militan IS.

“Penyerang itu adalah antara ‘tentera’ ISIL,” kata SITE. – Agensi

The post Dua maut diserang di Marseille appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian