(EKSKLUSIF) Sistem IMAMS: GST untuk tunai perintah Allah

Oleh Razali bin Zakaria

BANGI, 29 Muharram 1439H, Khamis – “Sudah semakin pelik keadaan di Malaysia ini… sehinggakan umat Islam hendak menunaikan perintah Allah pun akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).”

Demikian kata seorang rakan yang terbabit dalam urusan pengendalian umrah dan haji kepada Ismaweb.net.

Bagi umat Islam, tindakan itu sesuatu yang mengejutkan. Tetapi, tidak bagi syarikat yang memperkenalkan suatu program yang mengaitkannya dengan Lesen Khas Umrah (LKU) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac).

LKU diperkenalkan oleh Motac kepada agensi pengendali umrah berkuat kuasa 1 Oktober lalu, bertujuan memantau, mengelak dan membendung kes penipuan umrah yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Tetapi, sebuah syarikat didakwa mengambil kesempatan dengan memperkenalkan satu lagi program WAJIB kepada agensi pengendali umrah, serentak dengan pelaksanaan LKU.

Program ini mendapat restu Motac, termasuk Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz. Malah jika tidak menyertai program itu, syarikat pengendali umrah tidak akan mendapat LKU.

Setiap agensi pengendali umrah DIPAKSA mendaftar dengan syarikat pengendali Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia.

Satu sistem yang didakwa oleh pengendali umrah, semata-mata untuk ‘buat duit dengan cara mudah’, dan akan berkuatkuasa 1 November ini.

Bukan percuma! Sebaliknya, syarikat yang mengendalikan IMAMS – Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd – mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM90.10 kepada setiap jemaah yang hendak mengerjakan umrah.

Sistem IMAMS memperuntukkan perincian berikut untuk setiap pendaftaran individu pakej umrah melalui aplikasi yang digunakan:

Sistem dan Pengurusan RM45.00
Insurans RM40.00
GST 6% RM5.10

Mengikut laporan, tahun lalu sahaja, kira-kira 240,000 umat Islam Malaysia mengerjakan umrah. Tahun ini, Motac menganggarkan 290,000 mengerjakan umrah menerusi agensi pengendali umrah yang sudah memperoleh LKU.

Bayangkan berapa jumlah wang yang dengan mudah dikaut oleh syarikat terbabit terhadap setiap umat Islam yang hendak mengerjakan umrah tahun ini dan pada masa depan.

Berapa jumlah bayaran yang diperoleh syarikat itu jika kita mengambil kira 290,000 jemaah mengerjakan umrah dalam setahun?

RM26.129 juta

Daripada jumlah itu RM1.479 juta adalah GST; insurans (RM11.6 juta) dan yang masuk kepada syarikat itu RM13.050 juta.

Dan, program yang disediakan oleh syarikat yang berpejabat di Bangsar Saouth, Kuala Lumpur itu pula dikatakan ‘nothing’. Kerana, LKU sudah memberi jaminan bahawa tiada lagi penipuan membabitkan umrah berlaku.

Ia hanya satu kesempatan untuk ‘mengutip’ wang dengan cara mudah – melibatkan bersama mereka Motac, seolah-olah program mereka mendapat restu, akan menyebabkan agensi pengendali umrah takut untuk membantah, bimbang disekat daripada mendapat LKU, kata seorang pengendali umrah.

Malah, Motac turut menghantar pegawainya untuk bersama-sama syarikat terbabit memberi taklimat kepada agensi pengendali umrah berkenaan IMAMS, beberapa hari lalu.

Siasatan Ismaweb.net mendapati Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd dipengerusikan seorang bekas wakil rakyat di Selangor, dan seorang anggota lembaga pengarahnya dikatakan bukan Melayu.

Syarikat ini turut menggunakan syarikat lain yang ada kaitan dengan anggota lembaga pengarah itu untuk menyediakan aplikasi IMAMS.

The post (EKSKLUSIF) Sistem IMAMS: GST untuk tunai perintah Allah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian