Feminisme berbentuk jahiliah, tak boleh bersama Islam

Oleh Athirah Huda Zalhe

SHAH ALAM, 18 Muharram 1439H, Ahad – Perjuangan feminisme adalah bentuk jahiliah yang tidak boleh bergabung dengan Islam, tegas Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS), Ustazah Nur Fatin Halil.

Katanya, tuntutan hak kesamarataan gender sebagaimana yang diperjuangkan golongan feminisme ini jauh bertentangan dan tidak selaras dengan agama Islam.

Katanya, manusia diciptakan oleh Allah untuk melengkapi antara satu sama lain, bukan sebaliknya bersaing memperjuang dan menuntut hak yang dimiliki sebelah pihak.

“Islam menetapkan keadilan. Secara zahir, mungkin nampak tidak sama rata, tetapi Allah yang telah menciptakan manusia tahu keperluan fitrah hambanya itu sendiri.

“Wanita mempunyai hak-hak yang ditentukan oleh Allah, begitu juga dengan lelaki,” katanya pada Seminar Fiqh Wanita, Feminisme dan LGBTQ: Nafsu atau Wahyu? di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, perjuangan kumpulan berkenaan yang dicetuskan sejak Revolusi Perancis akan menimbulkan pelbagai kecelaruan dalam masyarakat di negara ini kelak.

“Golongan ini seboleh-bolehnya mahu lebih hebat daripada lelaki atau sama rata. Bahayanya mereka ini kerana tersasar jauh dari al-Quran dan Sunnah.

“Sehinggakan di Amerika Syarikat terdapat seorang wanita Kristian bernama Elizabeth Candy Stanton mencipta biblenya sendiri. Krana banyak sangat ketidakadilan terhadap wanita sehingga hak perwarisan juga dinafikan, menyebabkan dia mencipta biblenya sendiri,” katanya,

Ustazah Nur Fatin berkata, umat Islam perlu memahami al-Quran dan Hadis mengikut tafsiran yang tepat, kerana salah faham akan membawa kepada tuntutan yang bercanggahan dengan syarak.

“Kita perlu faham bahawa Islam telah lama memuliakan wanita. Apa lagi yang kita mahu tuntut sebenarnya? Islam telah memberi secukupnya hak-hak kepada wanita, maka tiada lagi perkara yang perlu dituntut apatah lagi untuk disamaratakan.

“Syariat dan Islam tidak pernah lemah serta mempunyai kelemahan, kerana ia adalah agama sempurna. Tetapi yang lemah itu adalah penganutnya,” katanya.

The post Feminisme berbentuk jahiliah, tak boleh bersama Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian