Gabenor Jakarta arah tutup hotel maksiat
JAKARTA, 11 Safar 1439H, Selasa – Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mengarahkan hotel yang mempunyai unsur maksiat ditutup segera.
Memetik Jakarta Post, permit operasi Hotel Alexis tidak dibenar diperbaharui, berikutan terdapat bukti permis itu menjalankan perniagaan perkhidmatan pelacuran.
“Saya tidak mahu Jakarta menjadi kota yang membenarkan aktiviti pelacuran. Saya terima laporan dan aduan penduduk selain laporan media mengenai pelacuran di hotel itu,” kata Anies.
Anies berkata, beliau akan menghantar pegawai untuk memantau hotel berkenaan bagi memastikan aktiviti maksiat dihentikan.
Ketua Agensi Pelaburan Jakarta dan Perkhidmatan Integrasi Sehenti (PTSP) Edy Junaedi, mengesahkan permit hotel itu tidak diperbaharui.
Dalam sepucuk surat, kerajaan bandar berkata, pihaknya membuat keputusan tidak melanjutkan permit selepas maklumat.
Katanya, adalah sangat penting untuk mereka mencegah aktiviti tidak bermoral dan haram. – Agensi
The post Gabenor Jakarta arah tutup hotel maksiat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan