Guru Pendidikan Islam di pusat tahfiz mesti ada tauliah mengajar

BANGI, 6 Safar 1439H, Khamis– Guru yang mengajar di pusat tahfiz perlu memiliki tauliah mengajar, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, tauliah itu meliputi semua guru yang mengajar pendidikan agama Islam termasuk sekolah tahfiz.

Katanya, mereka perlu mendapatkan tauliah mengajar daripada pihak berkuasa agama negeri berkenaan.

Sementara itu mengulas mengenai kurikulum di sekolah tahfiz, katanya kebanyakkan pusat tahfiz tidak memiliki kurikulum pembelajaran khusus yang digunapakai dan pengendali menggunakan sukatan hafazan masing-masing.

“Pada masa ini tiada suatu kurikulum khusus yang digunapakai oleh sekolah tahfiz persendirian.

“Kebanyakan sekolah tahfiz menggunakan sukatan hafazan masing-masing dengan penambahan pengajian agama dengan menggunakan pelbagai kitab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, di Dewan Rakyat hari ini.

Asyaf berkata, kaedah pengajian tahfiz juga adalah menggunakan aliran pengajian tahfiz guru masing-masing.

“Kerajaan menyedari kurikulum pendidikan perlu diselaraskan untuk menjamin kualiti lepasan pelajar sekolah tahfiz adalah terjamin.

“Oleh itu, kerajaan melalui pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedang merangka model dan kurikulum sekolah tahfiz supaya sesuai dengan keperluan masa kini,” katanya.

The post Guru Pendidikan Islam di pusat tahfiz mesti ada tauliah mengajar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian