Haram buku: Pengarah IRF mahu cabar Jawi, KDN

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1439H, Isnin – Pengasas dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Farouk Musa mahu mencabar pihak berkuasa susulan didakwa melanggar syarat penceramah, selain pengharaman beberapa buku diterbitkan IRF.

Tindakannya itu disokong sekumpulan aktivis liberal, malah mereka turut melancarkan dana khas ‘Freedom Fund’ membantu Dr Farouk.

Aktivis Thomas Fann dalam satu sidang media, hari ini berkata, kos mahkamah mungkin mencecah RM75,000, termasuk jika beliau didenda RM5,000 selepas disabit kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Wilayah Persekutuan).

Dalam beberapa warta kerajaan dikeluarkan dua minggu lalu, KDN mengharamkan dua buku disunting Dr Farouk, sebuah koleksi esei oleh novelis Faisal Tehrani dan buku seorang ahli PKR, Wan Ji Wan Husin.

KDN turut mengharamkan buku penulis kelahiran Turki, Mustafa Akyol, ‘Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan’, dan judul asalnya ‘Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty’.

Mustafa Akyol dan Dr Farouk dipanggil untuk disoal siasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana dituduh melanggar syarat mendapatkan tauliah berceramah daripada jabatan itu.

Jawi menahan dan menyoal Akyol pada 25 September ketika hendak menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sementara Dr Farouk pula disoal beberapa jam minggu lepas.

Dr Farouk dijangka hadir di Mahkamah Syariah pada Disember ini diwakili peguam Rosli Dahlan.

The post Haram buku: Pengarah IRF mahu cabar Jawi, KDN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian