Hari Keluarga ISMA Kota Bharu 2017 merapatkan jurang usia antara ahli

KOTA BHARU, 6 Okt – Hampir 300 ahli ISMA Kota Bharu (KB) dan keluarga telah berkumpul di Sri Muara Resort ,Bachok sempena program Hari Keluarga ISMA KB pada 6 Oktober 2017. Kesempatan hujung minggu itu telah dimanfaatkan untuk menjayakan program tahunan ISMA KB.

Program ini turut diceriakan dengan kehadiran para mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sains Malaysia (USM) serta ahli ISMA Kelantan Football Club (IKFC).

Hari keluarga ISMA KB bermula seawal jam 9 pagi, dengan ucapan alu-aluan oleh pengarah program, Encik Mohd Nazly bin Mohd Rejal. Beliau menegaskan perlunya aktiviti seperti ini dalam kalangan warga ISMA untuk mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli merentas usia dan pangkat.

Ucapan pengarah disusuli Tazkirah Sentap bertajuk ‘sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia’, sebagai santapan rohani kepada para peserta sebelum acara menarik seterusnya.

Bersesuaian dengan tema Hari Keluarga ISMA KB iaitu “Ukhuwwah Dipadu, Fikrah Disatu”, pelbagai aktiviti sukaneka telah berjaya dilaksanakan bagi menyemai kemesraan diantara para peserta yang terdiri daripada keluarga, bujang dan juga kanak-kanak. Kesemua peserta mempamerkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam setiap acara sukaneka.

Aktiviti sebelah pagi diserikan dengan aktiviti membuat layang-layang, boling buah kelapa, lempar belon berair, bawa bola pingpong menggunakan sudu dan kenali pasangan anda.

Pada sebelah petang pula, program Hari keluarga dimeriahkan dengan aktiviti menunggang kuda dan memanah. Jurulatih yang bertauliah memberikan taklimat keselamatan dan tips pengendalian sebelum acara bermula. Sementara itu, acara tarik tali, bola pantai dan aktiviti dalam air juga berlangsung pada masa yang sama bagi meraikan minat peserta-peserta tersendiri.

 

Pelajar UMK, Mohamad Hakimi Bin Ismail turut tidak melepaskan peluang menyampaikan sajak yang bertajuk ‘Perjuangan’, yang mengangkat tinggi nilai perjuangan dalam negara, agama dan bangsa. Sajak yang disampaikannya berjaya mencuri perhatian para peserta.

Program berakhir dengan ucapan perasmian penutup daripada YDP ISMA KB, Ustaz Abdul Rahman Iskandar.

“Saya yakin, acara-acara bersifat informal yang melibatkan semua peringkat usia, memberikan impak yang positif ke arah pengukuhan dan pemantapan ukhuwwah serta mampu mencetuskan perasaan kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang lebih tinggi. Bertambah kasih sayang” kata beliau.

 

 

Ruqayyah

Biro Komunikasi ISMA Kota Bharu

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian