Hati-hati ke selatan Thailand: Polis

Wan Mohd Zain Wan Hussain maut terkena tembakan di Takbai, selatan Thailand.

KOTA BHARU, 27 Muharram 1439H, Selasa – Polis Kelantan menasihatkan rakyat negeri ini yang mahu ke Thailand agar lebih berhati-hati kerana keadaan di wilayah selatan negara tersebut masih bergolak.

“Kita tidak mahu sebarang insiden yang tidak diingini berlaku seperti mana kejadian yang menimpa seorang rakyat negeri ini yang menjadi mangsa tembakan rambang di Takbai dua hari lepas.

“Keadaan di sana masih belum aman, masih berlaku letupan dan tembakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian seorang rakyat Malaysia, Wan Mohd Zain Wan Hussain, 46, dari Kampung Ketil, Tumpat yang maut dipercayai akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan sekumpulan individu bersenjata di pusat pemeriksaan di Kampung Cek He, Takbai, semalam.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam (waktu Thailand) itu, mangsa yang menaiki motosikal sedang melalui pusat pemeriksaan keselamatan apabila empat lelaki bersenjata yang menaiki sebuah trak pikap melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang sedang berkawal di situ dan satu daripada pelurunya terkena mangsa. – Bernama

The post Hati-hati ke selatan Thailand: Polis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian