Ibu bapa masih ada, tapi anak-anak jadi ‘yatim kasih sayang’

 

GOMBAK, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) adalah salah satu organisasi yang kukuh disebabkan asas tarbiyah yang ditekankan dalam keluarga setiap ahlinya.

Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, kekuatan tarbiyah adalah tunjang membangunkan ummah sekaligus memupuk semangat perpaduan.

“ISMA amat menitikberatkan aspek tarbiyah dalam diri dan keluarga, dengan itu agenda ummah akan dicapai selari dengan kehendak Islam.

“Realiti hari ini menunjukkan bahawa longgarnya ikatan keluarga menjadi sebab kepada keruntuhan moral. Ramai saya jumpa anak yatim di luar sana, tapi bukannya kematian ibu bapa, tetapi mereka yatim kasih sayang,” katanya sebelum merasmikan Hari Keluarga ISMA cawangan Gombak di sini Ahad lepas.

Katanya, anak-anak memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa, tapi cabaran hidup hari ini menyebabkan ibu bapa lalai dari tanggungjawab tersebut.

“Justeru, kita dalam ISMA mewajibkan ahli menjalankan usrah keluarga di samping mengamalkan cara hidup Islam sebagai keluarga contoh dalam masyarakat,” katanya lagi.

Program sehari suntuk itu disertai lebih 300 ahli termasuk anak-anak.

“Pelbagai aktiviti berbentuk kekeluarga diadakan bagi mencapai objektif program antaranya mengeratkan hubungan sesama ahli.

“Semua yang hadir Alhamdulillah dapat bergaul mesra walaupun berbeza latar belakang dan peringkat umur. Inilah kekuatan kita di ISMA Gombak,” kata pengarah Hari Keluarga, Yassin Azman kepada wartawan.

Yang Dipertua ISMA Gombak, Zuraidi Zakaria telah membuat 10 cabutan dan menyampaikan hadiah untuk ahli bertuah.

Ahli-ahli cemerlang telah diberikan penghargaan dengan beberapa anugerah seperti Anugerah Keluarga Cergas, Anugerah Pasangan Muda Qudwah, Anugerah Keluarga Cemerlang Akademik, Ikon Ikhwah dan Akhwat Cergas, Anugerah Jundi Harapan dan Anugerah Inovasi Kreatif.

Lebih 10 pasangan yang baru berkahwin turut diraikan. Mereka diberikan sumbangan yang berupa barang keperluan dapur.

Slogan Hari Keluarga ISMA Gombak tahun ini ialah Keluarga Tarbiah Tunas Perpaduan Ummah. Slogan yang diilhamkan oleh Hanan Humaira Rozali terpilih sebagai pemenang pertandingan slogan mengalahkan 19 slogan peserta lain.

 

Disediakan oleh,

Syarifah Aisyah Syed Abd Halim

Wartawan ISMA Gombak

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?