iGuru sokong masukkan pendidikan seks dalam subjek Moral, Pendidikan Islam

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Safar 1439H, Selasa – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyokong cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk memasukkan pendidikan seks dalam silibus mata pelajaran Moral dan Pendidikan Islam di sekolah.

Bagaimanapun, iGuru turut mengesyorkan supaya perkara itu perlu mendapat pandangan daripada pakar serta pihak berwajib supaya silibus berkenaan digubal menepati syariat serta memenuhi aspirasi pendidikan negara.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, pendidikan seks perlu diberi pendedahan yang betul dan selamat supaya mengelakkan murid menjadi mangsa penderaan seksual serta terjebak dengan seks bebas.

“Agama Islam sendiri menggalakkan anak-anak yang diusia mumaiyiz agar diasingkan tempat tidur anak-lelaki dan perempuan. Ini bagi mengelakkan berlaku perbuatan yang tidak diingini.

“iGuru mencadangkan pendidikan seks di dalam silibus Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral perlu mendapat pandangan dari para ulama, cendekiawan Islam, pakar pendidikan, ahli psikologi, kaunselor bertauliah dan ibubapa supaya silibus yang digubal menepati ruh syariat dan memenuhi aspirasi pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Rohani pada Ahad lalu, supaya silibus pendidikan seks dimasukkan dalam dua mata pelajaran berkenaan.

Mengulas lanjut Mohd Azizee berkata, iGuru tetap berharap supaya langkah menangani isu seks dalam kalangan murid tidak terhenti kepada pengajaran pendidikan seks semata-mata.

Sebaliknya kata beliau, ia juga membabitkan tanggunjawab semua pihak termasuk peranan ibu bapa dan masyarakat sekitar yang baik dan sihat bagi menjamim keselamatan serta kesejahteraan pelajar.

Masukkan pendidikan seks dalam subjek Moral, Pendidikan Islam: Menteri

The post iGuru sokong masukkan pendidikan seks dalam subjek Moral, Pendidikan Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian