iPhone X bakal dijual di Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Muharram 1439H, Sabtu – Telefon pintar keluaran terbaharu syarikat teknologi terkemuka, Apple Inc, iPhone X bakal menembus ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Telefon pintar edisi ulang tahun ke-10 iPhone itu akan dijual dengan harga RM5,149 (64GB) dan RM5,899 (256GB).

Bagaimanapun, tiada tarikh khusus dimaklumkan berhubung penjualannya di Malaysia.

iPhone X dilancarkan pada awal September lalu serentak dengan keluaran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Keluaran yang dikatakan bakal membawa revolusi tersendiri itu, tidak lagi dilengkapi butang ‘Home’ sebaliknya digantikan dengan sokongan imbasan wajah yang dinamakan sebagai Face ID.

Apple berkata, sokongan imbasan wajah lebih selamat berbanding cap jari sebagaimana yang digunakan dalam keluaran sebelum ini.

Syarikat itu juga memperkenalkan ciri Face ID yang dinamakan sebagai Animoji – merupakan emoji beranimasi berdasarkan ekspresi wajah dan boleh digunakan melalui iMessage.

Dengan bingkai yang sangat nipis, iPhone X dilengkapi dengan rekaan skrin menyeluruh yang bersaiz 5.8 inci yang kalis air dan habuk.

Malah, iPhone X akan menggunakan sistem pengecasan tanpa wayar universal yang dinamakan Qi, yang telah digunakan di beberapa kafe dan lapangan terbang di serata dunia.

Ia turut mengekalkan ciri dwi-kamera belakang dengan 12-megapiksel.

The post iPhone X bakal dijual di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian