‘Iron Lady’ Maznah Hamid meninggal dunia

Menurut  anggota keluarganya, Allahyarham meninggal dunia setelah mengalami komplikasi susulan pembedahan jantung pada 28 September lepas.

Allahyarham yang juga Exco Wanita UMNO dilaporkan menjalani pembedahan jantung selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat.

Suaminya Datuk Seri Shaheen Mirza Habib dan keluarga berada di sisi  ketika Maznah meninggal dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut sempat menziarahi Maznah yang merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai ‘Iron Lady’, sebelum  beliau  meninggal dunia.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah kira-kira 10 malam ini,” kata Shaheen merujuk kepada kediaman itu yang beralamat di Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, Off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, Ampang di sini.

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang  esok.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, di sini selepas itu.

Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 September lepas.

“Besar harapan kami sekeluarga supaya kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah dan doa kepada ibunda kami dan minta diampunkan dosa-dosa Allahyarham,” kata keluarga Maznah dalam kenyataan. – Bernama

The post ‘Iron Lady’ Maznah Hamid meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian