Islam tolak sekular, cauvinis dan Malaysian Malaysia

BANGI, 16 Muharram 1439H, Jumaat – Islam menolak sekularisme, Malaysian Malaysia dan cauvinis perkauman tanpa menafikan kewujudan kehidupan duniawi, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya, beliau berkata, Islam pula berupaya membawa perubahan holistik yang tidak mampu dilakukan oleh agama dan ideologi lain.

Katanya, sifat dan ciri-ciri yang positif dalam skop agama dan ideologi sudah ada di dalam Islam yang menolak aspek negatif daripada semua pihak.

“Malahan Islam itu lebih sempurna daripada kedua-duanya, kerana banyak perkara dalam Islam tidak termasuk dalam lingkungan agama dan ideologi yang diketahui umum mengikut bahasa mereka.

“Maka Islam menolak teori sekularisme, Malaysian Malaysia dan cauvinis perkauman tanpa menafikan wujudnya kehidupan duniawi.

“Adanya kaum dan sifat kasih tehadap kaumnya adalah naluri kemanusiaan, namun sikap cauvinis boleh mencetuskan pertembungan di antara kaum, sehingga boleh merosakkan konsep Masyarakat Madani yang saksama dan menjadi naluri manusia,” katanya, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Islam mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri dengan konsep tanpa paksaan dalam beragama dan berbangsa.

“Islam mampu membawa perubahan holistik kerana datangnya daripada Allah Pencipta Alam yang Maha Mengetahui akan fitrah manusia dan tujuan mereka diciptakan di alam dunia ini,” katanya.

Beliau memetik firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah Al-Isra’: 70)

The post Islam tolak sekular, cauvinis dan Malaysian Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian