Isma terima kunjungan Lajnah Dakwah PAS

 

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 16 Muharram 1439H, Jumaat – Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bersama delegasinya, hari ini mengadakan kunjungan ke Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pusat di Bandar Baru Bangi, di sini.

Pengerusi Kluster Dakwah Isma, Ustaz Rushdan Abdul Halim berkata, pertemuan antara Lajnah Dakwah PAS dengan Kluster Dakwah Isma selama kira-kira dua jam itu memfokuskan kepada usaha untuk memperkasakan dakwah Islam di Malaysia.

Beliau berkata, kedua-dua belah pihak turut membincangkan isu-isu kebersamaan dalam menangani Islam liberal.

“Kita telah membincangkan isu musuh Islam sejagat, Barat, terutamanya dan langkah untuk membasmi ideologi yang bertentangan dengan agama Islam.

“Di samping itu, kita juga mengambil perhatian terhadap pendekatan Islam yang mengelirukan daripada sesetengah pihak. Ada pihak yang seolah-olah apologetik dengan Barat. Jadi kita nak membasmi kekeliruan mengenai Islam ini dari dalam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Dalam pada itu, Ustaz Rushdan berkata, pertemuan seterusnya antara kedua belah pihak akan diadakan dalam masa terdekat bagi menjayakan kerjasama dakwah ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya yang turut hadir pada pertemuan itu berkata, banyak ruang kerjasama yang boleh dilakukan hasil perbincangan tadi.

“Projek pertama, konvensyen nasional mengenai liberalisme telah diputuskan. Kita berharap ia akan menjadi titik tolak kerjasama yang lebih akrab lagi pada masa depan,” katanya sambil berterima kasih di atas kunjungan itu.

Pada masa sama, Haji Aminuddin berkata, usaha PAS mendekati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sangat dialu-alukan dan merupakan langkah bijak kerana selama ini hubungan antara parti politik dengan NGO agak rengang.

“Kita bersetuju bahawa kita perlu mengurangkan perbezaan dan fokus pada agenda melemahkan musuh Islam.

“Gerakan Islam mesti dilihat bersatu dan bersama dalam menghadapi ancaman Barat. Semoga ini bukan pertemuan pertama dan terakhir,” katanya.

The post Isma terima kunjungan Lajnah Dakwah PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian