Jabatan Peguam Negara tubuh jawatankuasa khas pantau siasatan Ketua Pesuruhjaya SPRM

BANGI, 29 Muharram 1439H, Khamis – Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Jabatan Peguam Negara bagi memantau dengan lebih dekat siasatan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan Isnin lalu itu akan memantau dakwaan yang dilemparkan terhadap Dzulkifli yang disifatkan serius dan boleh menjejaskan integritinya.

“Jawatankuasa ini yang ditubuhkan pada Isnin lalu akan memantau perjalanan siasatan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan lain yang berkaitan.

“Sehubungan itu, pihak Jabatan Peguam Negara menasihatkan semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan tersebut,” katanya, hari ini.

Apandi turut menggesa supaya pemberi maklumat tampil membantu siasatan supaya setiap dakwaan tersebut dapat dibuktikan.

Sebelum ini, tular di media sosial kemunculan video berdurasi tiga minit, mendakwa satu pasangan telah bercerai pada 28 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ulu Klang kerana wanita itu didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Dzulkifli.

Wanita itu kemudian tampil dan berkata dia akan menanggung semua kesalahan, tetapi tidak akan mendedahkan punca sebenar perceraiannya.

Dia memohon maaf kepada Dzulkifli dan keluarganya secara terbuka di Facebook.

Berikutan itu, polis yang menerima laporan daripada seorang eksekutif pemasaran membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan menggoda wanita yang sudah berkahwin dengan niat untuk mengadakan hubungan haram.

The post Jabatan Peguam Negara tubuh jawatankuasa khas pantau siasatan Ketua Pesuruhjaya SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian