Jangan keliru, tiada kaitan dengan orang bukan Islam: JAHEAIK

BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) menggesa semua pihak supaya tidak mencetuskan sebarang isu atau konflik berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rahim Jusoh berkata, orang bukan Islam yang menetap dan berkunjung ke Kelantan tidak perlu bimbang serta keliru dengan pelaksanaan undang-undang itu kerana tidak membabitkan mereka.

Mengikut Seksyen 5 (1) Enakmen tersebut, mana-mana umat Islam yang ditangkap sengaja berkelakuan tidak sopan dan tidak berpakaian menutup aurat boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut enakmen berkenaan, memakai seluar pendek paras atas lutut dan perempuan yang berseluar serta berbaju ketat, berlengan pendek, tidak bertudung, adalah kesalahan dalam adab berpakaian.

“(Orang bukan Islam) tidak perlu bimbang kerana undang-undang ini terguna pakai ke atas umat Islam. Jangan keliru.

“Mereka yang beragama Islam apabila ditahan, kita beri notis untuk dipanggil kaunseling terlebih dulu. Selepas itu barulah tindakan lanjut diambil,” kata Mohd Rahim seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Katanya, undang-undang itu bertujuan mendidik umat Islam memakai pakaian sopan dan juga menanam kesedaran kepada remaja berhubung pakaian menutup aurat.

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai seorang lelaki diberi notis kaunseling selepas memakai seluar pendek di khalayak ramai.

Ia mengakibatkan perdebatan dalam kalangan netizen sekali gus membangkitkan kebimbangan golongan bukan Islam yang berada di negeri ini.

The post Jangan keliru, tiada kaitan dengan orang bukan Islam: JAHEAIK appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian