Jelajah Kesedaran Isu Rohingya di Johor Kutip RM 7000

Oleh Mohd Khairul B. Ahmad Nordin Tan

 

JOHOR BAHRU, 15 OKT 2017 – Jelajah kesedaran isu Rohingya yang diadakan di sekitar Institusi Pengajian Tinggi dan Masjid pada 11 – 14 Oktober baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan RM 7,000.00 hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati dan ingin membantu saudara Islam di Rohingya.

 

Jelajah tersebut yang telah dikelolakan oleh Yayasan Ikhlas Johor telah mengunjungi 6 buah masjid dan 2 institusi pengajian tinggi untuk mengadakan sesi ceramah serta kutipan tabung bagi orang ramai menyalurkan sumbangan mereka melalui Yayasan Ikhlas.

 

Siri ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Iskandar, Pengurus Yayasan Ikhlas Kelantan yang dijemput khas bagi siri Jelajah yang julung kali diadakan ini. Pengurus Yayasan Ikhlas Johor, Mohd Khairul berkata “Alhamdulillah, kita mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada hadirin yang menghadiri siri ceramah yang diadakan, dan ini merupakan indikator yang menunjukkan bahawa rakyat Johor khususnya turut bersama prihatin terhadap isu Rohingya”.

 

Di dalam siri ceramah beliau, Ustaz Abdul Rahman memberikan penerangan tentang bagaimana sebuah kerajaan Islam iaitu Arakan boleh jatuh dan akhirnya penduduk pribumi Rohingya menjadi pelarian di tanah air sendiri. Beliau turut menyeru kepada hadirin pada siri ceramah beliau bahawa tanah air kita ini adalah amanah daripada Allah swt yang wajib dijaga. Umat islam di Malaysia harus mengambil iktibar daripada kisah yang berlaku kepada saudara Islam Rohingya supaya bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia tidak menerima nasib yang sama.

 

Yayasan Ikhlas akan menghantar rombongan bantuan pada November akan datang yang bakal disertai oleh Ustaz Abdul Rahman Iskandar serta sukarelawan lain disamping turut membawa sepasukan doktor pakar daripada Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (i-Medik) ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh bagi menyampaikan bantuan hasil sumbangan orang ramai yang berjaya dikumpulkan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian