Kaji semula keberkesanan rancangan cegah dadah di sekolah

KUALA LUMPUR, 20 Muharram 1439H, Selasa – Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula rancangan pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah.

Beliau berkata, ianya untuk mengetahui sama ada ia masih memberi kesan atau sebaliknya.

“Berikutan 420 sekolah didakwa berisiko tinggi menghadapi masalah penyalahgunaan dadah yang serius, saya harap semua pihak sama ada kementerian pendidikan ataupun semua pengetua sekolah perlu menyedari kelemahan yang berlaku dan cuba mengatasinya dengan segera,” kata Lam Thye kepada China Press.

Katanya, selama ini, kementerian pendidikan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sering mengadakan aktiviti mendidik agar murid-murid menjauhkan diri daripada gejala penyalahgunaan dadah.

Selain itu, beliau menyarankan ibu bapa untuk turut memainkan peranan penting dengan memerhati gerak-geri anak-anak mereka bagi memastikan mereka menjauhi masalah dadah.

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendedahkan ujian rambang yang dijalankan terhadap 36,675 pelajar sekolah pada 2015 mendapati 1,475 daripada mereka positif dadah.

Daripada jumlah itu, 1,075 orang atau 73 peratus positif dadah jenis stimulan amfetamina manakala selebihnya positif dadah jenis kanabis.

The post Kaji semula keberkesanan rancangan cegah dadah di sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian