Kanak-kanak dirantai mahu jumpa bapa kandung

KUANTAN, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Kanak-kanak lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes dera kerana ditemui dirantai pada tong gas, kelmarin memaklumkan hasrat untuk berjumpa dengan bapa kandungnya.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata,
Menurut Shahaniza, bapa kandungnya difahamkan tinggal di Melaka.

“Kanak-kanak itu memaklumkan kali terakhir dia berjumpa dengan bapa kandungnya adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

“Mungkin dia merindui bapanya,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Shahaniza berkata, kanak-kanak itu ketika ini berada dalam keadaan stabil.

Dia juga tidak trauma dan akan ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sehingga siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa selesai.

“Kita akan melihat kepada hasil siasatan pihak berkuasa. Jika perlu, kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan kanak-kanak berkenaan di tempat selamat,” katanya selepas melawat kanak-kanak berkenaan di HTAA hari ini.

Kelmarin, kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemukan dalam keadaan bogel, tidak sedarkan diri dan lehernya dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota di sini.

The post Kanak-kanak dirantai mahu jumpa bapa kandung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian