Kedutaan buat pengecaman mayat pendaki ditemui Gunung Damavand

KUALA LUMPUR, 9 Safar 1439H Ahad –  Wakil kedutaan Malaysia hari ini dijangka membuat proses pengecaman terhadap mayat pendaki didakwa rakyat Malaysia yang ditemukan di Gunung Damavand, utara Iran kelmarin.

Jurucakap Kelab Jelajah Alpine (KJA) Mohd Khafiz Bachok berkata, ini bagi mengesahkan sama ada mayat yang dijumpai itu ialah Ramli Abdul Majid, pendaki yang hilang sejak setahun lepas di gunung berkenaan.

“Setakat ini, tiada pengesahan rasmi jasad yang dijumpai itu ialah Ramli. Pengecaman akan dilakukan hari ini oleh pihak kedutaan.

“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas pengesahan dibuat dan ia dijangka lewat petang ini,” katanya dalam kenyataan di sini mengenai Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang.

 Agensi berita Iran, Islamic Republic News Agency melaporkan sekumpulan pendaki menjumpai 1 mayat dipercayai rakyat Malaysia ketika mereka menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter kelmarin.

Laporan itu turut menyebut penemuan mayat berkenaan dimaklumkan kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol dekat Wilayah Utara Mazandaran yang menghantar pasukan mencari.

Pada November tahun lepas, Ramli yang merupakan ketua jurutera sistem di ibu pejabat Proton Holdings, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki KJA, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Pada 28 November 2016, Syed Redzuan ditemukan meninggal dunia di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang ke Malaysia.

Dengan ketinggian lebih 5,600 meter, Gunung Damavand merupakan gunung tertinggi di Iran. -Bernama

The post Kedutaan buat pengecaman mayat pendaki ditemui Gunung Damavand appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian