Kerajaan bina 10 lagi sekolah Cina di Selangor, Johor

BANGI, 6 Safar 1439H, Khamis – Kerajaan akan membina 10 lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), kononnya bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina di negara ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sambil memberitahu Kementerian Pendidikan sudah meluluskan permohonan pembangan untuk sekolah berkenaan.

Sekolah Cina yang dibina ini membabitkan lima buah sekolah baharu di Selangor, manakala lima lagi di Johor.

Di Selangor sekolah baharu yang akan dibina ialah SJKC Lee Loy Seng, Bandar Seri Coalfields, Mukin Ijok, Kuala Selangor, SJKC Sunsuria, Sunsuria City, Mukim Dengkil, Sepang, SJKC Too Joon Hing, Mukim Dengkil Sepang, SJKC Tun Ong Yoke Loin, Gamuda Cove, Kuala Langat dan SJKC Tun Lim Chong Eu, Eco Grandeur, Puncak Alam.

Lima lagi sekolah akan dibina di Johor iaitu SJKC Kuek Ho Yao, Mount Austin, Mukim Tebrau, daerah Johor Bahru, SJKC Sim Mow Yu, meridin East, Taman Bestari Perdana Mukim Plentong, SJKC Tun H.S.Lee, Bandar Cemerlang, Ulu Tiram, Tebrau, SJKC Tan Kah Kee, Mukim Kulai, Iskandar Puteri dan SJKC Cheah Fah, Mukim Pulai, Sunway Iskandar, Iskandar Nusajaya, Johor Bahru.

Selain itu, Mahdzir juga berkata, Kementerian Pendidikan turut akan memindahkan enam buah sekolah Cina ke lokasi baharu.

Jelas beliau, dua daripada enam sekolah berkenaan akan diberikan nama baharu.

“Itu sebagai menggambarkan lokaliti sebenar selepas sekolah dipindahkan ke tapak baharu.

“Manakala tiga lagi daripada enam sekolah itu juga iaitu SJKC Poi Min, Gopeng, Perak akan dipindahkan ke Puchong Selangor, SJKC Aik Hua Taiping ke Kota Serimas Negeri Sembilan manakala SJKC Ladang Regent Gemenceh ke bandar Elmina Selangor,” katanya dipetik media tempatan.

Setakat ini dilaporkan, terdapat 1,298 sekolah Cina yang di seluruh negara dan 883 daripadanya berstatus sekolah bantuan kerajaan.

The post Kerajaan bina 10 lagi sekolah Cina di Selangor, Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian