Kes Jong-Nam: Dua wanita warga asing mengaku tidak bersalah
SHAH ALAM, 12 Muharram 1439H, Isnin – Seorang warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Februari lalu.
Bagaimanapun, Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad berkata, pihak pendakwaan akan membuktikan pembabitan wanita terbabit dalam kes pembunuhan berkenaan.
“Melalui keterangan langsung, pendakwaan akan membuktikan Siti Aisyah dan Doan Thi Huong dengan latihan ‘prank’ yang diselia oleh empat orang yang masih bebas, berniat untuk membunuh Jong-nam,” katanya yang dipetik daripada BH Online.
Pada 1 Mac lalu, kedua-dua tertuduh bersama empat individu lain yang masih bebas didakwa membunuh Jong-nam di klia2, Sepang, pada jam 9 pagi 13 Februari lalu.
Pada 28 Julai Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Azmi Ariffin menetapkan 23 hari bermula hari ini sehingga 30 Nov bagi perbicaraan kes.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
The post Kes Jong-Nam: Dua wanita warga asing mengaku tidak bersalah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan