Kesinambungan OBOR: Tanah diambil bulan depan untuk projek kereta api laju KL-Singapura

STESEN HSR KUALA LUMPUR (BANDAR MALAYSIA) – Stesen pertama dari Kuala Lumpur ke Singapura, bertindak sebagai pintu masuk ke Malaysia dan akan dihubungkan dengan landasan KLIA Express, komuter dan Aliran Transit Massa (MRT). Inspirasi artis reka bentuk stesen ini diilhamkan daripada pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang. – Gambar Edelman

KUALA LUMPUR, 27 Muharram 1439H, Selasa – Proses pengambilan tanah projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) akan bermula 1 November ini, sekali gus membuka jalan bagi proses pembidaan yang dijangka bermula menjelang akhir tahun ini.

Projek infrastruktur sepanjang 350 kilometer itu dijangka menarik pembida antarabangsa bagi merebut projek kereta api laju melintas sempadan yang pertama di Asia Tenggara, yang telah ditandatangani antara Malaysia dan Singapura Disember tahun lalu.

Keseluruhan projek itu dianggarkan bernilai RM60 bilion. Projek itu menjadi salah satu daripada initiatif ‘One Belt One Road’ (OBOR) yang diperkenalkan China apabila menyaksikan ia adalah kesinambungan daripada projek Rangkaian Landasan Singapura-Kunming (SKRL).

SKRL sepanjang kira-kira 7,000 kilometer akan menghubungkan wilayah Yunan di China dengan Singapura melalui Malaysia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Laos.

Dalam ucapan ketika memperkenalkan reka bentuk konsep stesen HSR KL-Singapura, di sini, hari ini, Najib berkata, MyHSR Corp – syarikat Kerajaan Malaysia yang mengawal projek itu, – telah dan sedang mengemukakan permohonannya kepada pihak berkuasa kerajaan negeri berkaitan bagi tujuan pembekuan tanah – satu proses penting untuk mengkaji daya maju kawasan yang dipilih.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation Sdn Bhd, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal pula berkata, pengambilalihan tanah itu dijangka selesai pada pertengahan tahun depan.

HSR KL-Singapura akan menghubungkan Kuala Lumpur, Bangi dan Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura. Ada cadangan daripada pemaju dari China, Country Garden Holdings Co Ltd supaya sebuah stesen dibina di kawasan projek mereka di Forest City, Johor.

Kerajaan Malaysia komited untuk memulakan pembinaan projek itu menjelang akhir tahun depan sebagaimana dirancang. Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura telah mengadakan taklimat industri kepada pembida berpotensi dan dijangka membuka tender Disember ini.

Kira-kira 400 peserta industri dari 165 syarikat antarabangsa dan tempatan hadir pada taklimat itu. Pembida berpotensi dari Jepun; China; Korea Selatan dan Eropah, juga hadir, termasuk Japan’s JR East and Sumitomo Corp; China Railway Signal & Communication; syarikat Siemens (Jerman(; Alstom (Perancis) dan Talgo (Sepanyol).

Beberapa pihak berpendapat peluang syarikat China bagi memperoleh tender HSR KL-Singapura lebih cerah berbanding firma lain, berikutan komitmen ditunjukkan oleh China bagi melaksanakan pelbagai projek di Malaysia bernilai berbilion-bilion ringgit.

Malah, Prasarana Malaysia, syarikat infrastruktur pengangkutan awam milik negara, sudah menandatangani perjanjian dengan sebuah konsortium diketuai syarikat China bagi memperkenalkan kereta api autopilot di negara ini. CRRC Zhuzhou Locomotive; Siemens Limited China dan sebuah syarikat Malaysia, Tegap Dinamik, akan membekalkan 42 unit tren 6 gerabak bernilai RM1.56 bilion.

April lalu, konsortium berkenaan turut memperoleh tender bagi membekalkan 13 tren hibrid dan sembilan tren laju kepada Malaysia.

Keputusan siapa pembida yang berjaya bagi melaksanakan HSR Kuala Lumpur-Singapura itu dijangka diumumkan Disember tahun depan. Namun, ianya juga akan bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Umum di mana tempoh kerajaan yang ada sekarang akan tamat Jun tahun depan.

Hari ini, MyHSR memperkenalkan konsep reka bentuk bagi setiap tujuh stesen, yang mengambil kira warisan dan identiti budaya Malaysia. Syarikat itu juga akan melakukan pemeriksaan awam bermula 1 November ini bagi mendapat maklum balas daripada orang ramai mengenai landasan itu serta pelan pembangunan bagi setiap stesen.

Berikut adalah inspirasi artis bagi enam lagi reka bentuk stesen HSR di Malaysia.

STESEN HSR BANGI-PUTRAJAYA – inspirasi artis berdasarkan seni bina arkitek Islam yang boleh dilihat pada kebanyakan masjid di Malaysia. Stesen ini membayangkan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara progresif, yang diungkapkan oleh gerbang yang menonjol dan melambangkan bersatu bersama. – Gambar Edelman

STESEN HSR SEREMBAN – Sebuah stesen di dalam taman di tengah-tengah Lembah Wawasan Malaysia, ia menggabungkan unsur-unsur kecantikan dan kehijauan alam sekitar, pembangunan futuristik dan warisan kebanggaan Istana Sri Menanti yang berfungsi sebagai istana untuk keluarga kerajaan Negeri Sembilan. – Gambar Edelman

STESEN HSR MELAKA – Stesen Melaka diilhamkan daripada Selat Melaka yang sibuk, menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik sebagai saluran penghantaran utama. Reka bentuk stesen ini mempunyai pemandangan moden, dari akar sejarah Melaka sebagai pelabuhan perkapalan yang berkembang maju hingga ke wawasan futuristik. – Gambar Edelman

STESEN HSR MUAR – Rehal, bekas kecil tempat meletakkan al-Quran ketika membacanya, menjadi simbol peranan penting Muar, tempat asal bagi kebanyakan pemimpin akademik dan politik dalam sejarah Malaysia. Muar terus menjadi pusat bagi pendidikan dan pembangunan di Malaysia yang berharap menjadi pusat bagi pengajian tinggi baharu di Malaysia. – Gambar Edelman

STESEN HSR BATU PAHAT – Stesen Batu Pahat diilhamkan daripada budaya tempatan terkemuka Johor yang dikenali sebagai tarian ‘Kuda Kepang’, yang diiringi alat muzik tradisional apabila dimainkan. Tarian ini adalah persembahan biasa pada perayaan dan majlis-majlis kebesaran di Johor. – Gambar Edelman

STESEN HSR ISKANDAR PUTERI – Ini adalah stesen terakhir di Malaysia sebelum menyeberangi sempadan, yang menandakan peranan sempadan sebagai tempat pertemuan antara manusia dan budaya. Reka bentuk stesen diilhamkan oleh isyarat berjabat tangan. – Gambar Edelman

The post Kesinambungan OBOR: Tanah diambil bulan depan untuk projek kereta api laju KL-Singapura appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian