Ketua Pegawai Kewangan FGV sambung tugas hari ini

BANGI, 14 Muharram 1439H, Rabu – Ketua Pegawai Kewangan Felda Global Venture Berhad (FGV), Ahmad Tifli Mohd Talha menyambung tugasnya berkuat kuasa hari ini, selepas digantung sejak Jun lalu.

Perkara itu diumumkan syarikat berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan di Bursa Malaysia, semalam.

Bagaimanapun, FGV tidak menyatakan nasib Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dan dua lagi pegawai kanan syarikat berkenaan.

Keempat-empat mereka digantung tugas Jun lalu, susulan dakwaan berlaku salah tadbir urus dalam kes hutang Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Sehingga kini, FGV masih masih belum melantik CEO dan CFO baharu.

The post Ketua Pegawai Kewangan FGV sambung tugas hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?