Kritik Sultan Johor: Polis buka kertas siasatan terhadap Zamihan

BANGI, 21 Muharram 1439H, Rabu – Polis hari ini membuka kertas siasatan terhadap Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin berhubung kenyataannya yang mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima satu laporan polis terhadap Zamihan.

Bagaimanapun katanya, polis belum memanggil bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu untuk memberi keterangan.

“Kita belum panggil dia dan belum buat apa-apa tangkapan buat masa ini kerana kertas siasatan baru dibuka.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,” katanya seperti dilapor Utusan.

Zamihan menerusi statusnya di Facebook hari ini turut memohon maaf jika Sultan Johor terasa hati dengan salah faham yang timbul.

BERITA BERKAITAN:

Zamihan nak saman portal, akhbar siar artikel didakwa fitnah

Kritik Sultan Johor: Presiden Aswaja bakal disiasat, lapor akhbar

 

The post Kritik Sultan Johor: Polis buka kertas siasatan terhadap Zamihan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian