Lapan suspek dipercayai militan ditahan

KUALA LUMPUR, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Lapan lelaki disyaki anggota kumpulan militan, termasuk lima yang mempunyai kaitan dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), ditahan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Semua suspek ditangkap oleh Bahagian Anti Keganasan Khas Bukit Aman dalam operasi di Sabah, Selangor dan Perak antara 27 September dan semalam.

Beliau berkata, dalam penangkapan pertama iaitu pada 27 September, dua rakyat Malaysia, dua warga Filipina dan seorang lagi yang juga warga Filipina dengan status Penduduk Tetap Malaysia ditahan di Sandakan, Sabah.

Beliau berkata, pihaknya percaya mereka sedang mengaturkan perjalanan bagi membolehkan militan Abu Sayyaf masuk ke Malaysia.

Penangkapan kedua di Selangor pada 1 Oktober pula menyaksikan seorang lelaki warga Albania berusia 35 tahun, yang juga pensyarah jemputan di sebuah universiti awam tempatan.

“Perisikan menunjukkan bahawa dia mempunyai hubungan dengan militan IS di luar negara,” katanya yang dipetik daripada The Star Online.

Sementara itu, dua lagi suspek yang ditahan pernah ditangkap sebelum ini kerana mempunyai kaitan dengan keganasan pada Februari 2013, manakala, seorang suspek pula adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

“Kami percaya dia telah merekrut penghuni di Penjara Tapah dan merancang melancarkan serangan di tempat ibadat milik orang Islam, Kristian dan Hindu.

“Matlamatnya adalah untuk mencetuskan konflik agama dan bangsa di negara ini,” katanya, sambil menambah bahawa suspek dikatakan melindungi satu daripada militan Tandzim Al-Qaeda Malaysia (TAQM).

Mohamad Fuzi berkata, suspek lain seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai telah merekrut dua rakyat Malaysia untuk menyertai TAQM dengan bantuan suspek pertama dan kedua-dua suspek ditahan semalam.

The post Lapan suspek dipercayai militan ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian