Majlis Bandaraya Oxford tarik balik anugerah kepada Suu Kyi

LONDON, 15 Muharram 1439H, Khamis – Majlis Bandaraya Oxford menarik balik penghormatan yang diberikan kepada pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi, selepas dia membisu terhadap krisis Rohingya.

Suu Kyi menamatkan pengajian sarjananya di universiti berkenaan, dianugerahkan ‘Freedom of Oxford’ pada 1997 kerana perjuangannya untuk demokrasi.

Bagaimanapun, satu usul dibentangkan kepada Majlis Bandaraya Oxford menyatakan penghormatan itu tidak lagi sesuai dipegang Suu Kyi yang teruk menerima kecaman masyarakat antarabangsa, kerana tidak bertanggungjawab terhadap krisis Rohingya.

Sehingga kini, lebih setengah juta etnik muslim Rohingya melarikan diri merentasi sempadan ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu.

Mereka terpaksa hidup di bawah sekatan sistem pemerintahan ras (apartheid) seperti pergerakan dan kewarganegaraan rejim Myanmar.

Gelombang kekerasan itu bermula pada Oktober lalu apabila kumpulan pejuang Rohingya menyerang pos keselamatan rejim Myanmar di sempadan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan rejim Myanmar cuba melakukan pembersihan etnik.

Krisis bertambah buruk lagi apabila Suu Kyi enggan mengulas atau mengambil sebarang tindakan untuk menangani penindasan terhadap Rohingya atau menghukum tentera rejim negara itu.

Suu Kyi juga adalah penerima Anugerah Nobel Keamanan yang pernah memikat komuniti antarabangsa kerana perjuangannya untuk menegakkan demokrasi.

Dia kini berdepan kritikan hebat antarabangsa, malah sesetengah pihak sedang melihat sama ada Jawatankuasa Nobel, yang memberikan penghormatan kepadanya pada 1991, akan mengkritiknya secara terbuka atau menarik balik penganugerahan itu.- Agensi

The post Majlis Bandaraya Oxford tarik balik anugerah kepada Suu Kyi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian