Malaysia China Kuantan Industrial Park: Tanah yang diserahkan kepada orang asing, kata Tun M

Kita sekarang berdiri di hadapan Malaysia China Kuantan Industrial Park disusuli dengan perkataan dalam bahasa Cina. Tidak ada sama sekali perkataan dalam bahasa kebangsaan.

Dan industrial park ini amat luas sekali. Mempunyai pagar sepanjang 9 km.

Dalam pagar ini terdapat banyak industri milik negara China dan industri ini mempunyai pekerja hampir semuanya dari negara China

Pembangunan industrial park ini amat cepat sekali, luar biasa.

Dan kita dapati bahawa kawasan ini adalah kawasan istimewa yang mana orang Malaysia tak dibenar masuk, cuma orang mereka yang boleh masuk.

Beberapa orang yang bekerja sebagai penjaga keselamatan terdiri daripada orang Bangladesh dan beberapa orang tempatan.

Ini adalah kawasan istimewa yang terkeluar daripada negara kita, kerana ia nampak ditadbir diurus oleh pelabur-pelabur dari negara lain.

Inilah sebahagian daripada negara kita yang sudah kita serahkan kepada orang asing.

Kalau kita mempunyai lebih banyak industrial park macam ini, bandar-bandar mewah macam ini, maka semakin kuranglah milik tanah oleh kita di Malaysia ini, dan tanah-tanah kita akan dimiliki oleh orang asig.

Inilah keadaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib yang kononnya membawa banyak pelaburan asing ke Malaysia tetapi pelaburan asing ini tidak sedikit pun menguntungkan rakyat Malaysia kerana kontraktornya bukan dari Malaysia, pekerjanya bukan dari Malaysia, bahkan kawasannya juga adalah istimewa kepada orang bukan dari Malaysia.

Syabas Datuk Seri Najib.

[VIDEO] Tun M singgah tepi jalan masa dalam perjalanan dari Kemaman ke Kuantan dalam perjalanan pulang baru baru ini dan lihat sendiri Malaysia China Kuantan Industrial Park.

Dikirim oleh Kelab Che Det pada 20 Oktober 2017

The post Malaysia China Kuantan Industrial Park: Tanah yang diserahkan kepada orang asing, kata Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian