Malaysia henti import barang Korea Utara

KUALA LUMPUR, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Malaysia sudah menghentikan pembelian pelbagai barangan dari Korea Utara sebagai menyahut langkah antarabangsa membantah program senjata nuklear dan peluru berpandunya.

Malaysia sejak Jun dan Julai lalu tidak membeli barangan dari Korea Utara, selepas membelanjakan RM20.6 juta bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata data Jabatan Perangkaan.

Pada 28 September lalu, Kementerian Luar melarang rakyat Malaysia daripada berkunjung ke Korea Utara, sehingga dimaklumkan kelak.

Larangan itu dibuat berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu Korea Utara.

Hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang menjadi dingin berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di klia2 pada 13 Februari lalu ketika menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau.

Malaysia menjadi sumber pendapatan utama Korea Utara. Rakyat kedua-dua negara tidak dikenakan visa melancong, malah Malaysia juga menjadi tempat pekerja Korea Utara mencari makan.

Reuters awal tahun ini melaporkan agensi perisikan Korea Utara, Reconnaissance Bureau, menggerakkan operasi bersenjatanya di Kuala Lumpur.

Langkah Malaysia menghentikan pembelian barangan dari Korea Utara dibuat berikutan tindakan tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan sekatan terhadap Pyongyang.

Antara barang yang diimport Malaysia dari Korea Utara ialah arang batu, alat perubatan dan diod pemancar cahaya, mee, ketam, penyangkut baju dan alat pemadam kebakaran.

Pegawai kerajaan AS memberitahu Reuters bahawa Malaysia tidak akan lagi mengimport barang dari Korea Utara.

Namun, pada ketika Malaysia menghentikan importnya itu, eksport ke Korea Utara, termasuk minyak sawit, makanan dan peralatan perubatan, diteruskan. – Agensi

The post Malaysia henti import barang Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian