Manifesto PRU14: PAS kumpul, rumus kehendak rakyat melalui media baharu

BANGI, 21 Muharram 1439H, Rabu – PAS bakal mengubah dan memperkenalkan manifestonya dengan mengambil kira hasrat dan keinginan rakyat melalui kaedah rangkaian media baharu.

Pengarah Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, manifesto sebelum ini lebih bersifat cadangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu dalam parti supaya ianya diterima rakyat.

“Sedangkan bukan itu yang rakyat mahu dan rakyat mungkin hendakkan perkara lain. Contohnya manifesto Pakatan Rakyat tahun 2013, saya terlibat sedikit sebanyak walaupun ada peristiwa-peristiwa yang mengejutkan di akhir-akhir penggubalan manifesto.

“Manifesto itu digubal dan akhirnya tidak memenuhi kehendak rakyat. Sebabnya banyak elemen-elemen rakyat bawahan tidak ada dalam manifesto.

“Contohnya manifesto itu tidak melibatkan sektor pertanian, nelayan pekebun-pekebun kecil dalam manifesto Pakatan Rakyat 2013 tidak ada pun isu Felda,” katanya dipetik dalam wawancara bersama Harakah.

Malah jelas Dr Zuhdi, isu membabitkan wanita juga kurang diberi perhatian, sekali gus menunjukkan tawaran daripada sesebuah parti politik itu bersifat sendiri tanpa mengambil kira pandangan rakyat.

Katanya, tawaran itu bukan datang daripada rakyat sebalik dibuat oleh parti politik yang tidak bersandarkan kepada hasrat mereka sebagai pengundi.

“Ini salah. Jadi kita mengambil pendekatan pada kali ini kita melakukan satu kaedah yang disebut sebagai ‘crowdsourcing’.

“‘Crowdsourcing’ ini mungkin kaedah baharu sebab kaedah ini sebenarnya lebih kepada penggunaan dalam media baharu,” katanya.

Menurutnya, menerusi rangkaian tersebut PAS boleh melihat dan mengambil kira sendiri pandangan rakyat di peringkat akar dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Jelasnya, pembinaan manifesto itu bermula sejak dua tahun lalu menerusi kaedah mengumpul pelbagai pandangan daripada rakyat melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili mereka.

“PAS terlibat secara bersama dengan NGO-NGO yang menganjurkan Kongres Rakyat. Dalam Kongres Rakyat itu PAS bersama NGO-NGO menganjurnya dengan tujuan untuk memberi ruang kepada rakyat, NGO-NGO dan tokoh-tokoh menyuarakan tentang apa sebenarnya masalah yang dihadapi rakyat.

“Pada September 2015 Kongres Rakyat dilancarkan di peringkat nasional iaitu di Shah Alam, Selangor. Kemudian bergerak ke negeri-negeri termasuk Kedah sehingga ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dr Zuhdi berkata, kaedah yang dilakukan PAS itu telah mendahului usaha giat kerajaan ketika ini yang memperkenalkan Transformasi Nasional 50 (TN50).

“…mereka pun buat seperti kaedah PAS juga. Apa pun kita buat lebih dahulu iaitu tahun 2015 lagi,” katanya.

The post Manifesto PRU14: PAS kumpul, rumus kehendak rakyat melalui media baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian