Melaka beri tempoh dua minggu keluarkan pesawat terhempas

BANGI, 28 Muharram 1439H, Rabu – Tempoh dua minggu diberikan kepada pihak berkaitan untuk mengeluarkan bangkai pesawat, GT500 Microlit yang tenggelam di dasar Sungai Mati di sempadan antara Melaka dan Johor, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abd Rahman berkata, tindakan segera perlu dilakukan kerana bimbang bangkai pesawat boleh mencemarkan sungai.

Justeru, beliau meminta ahli keluarga atau koordinator kepada pemilik pesawat ringan milik persendirian berkenaan menguruskan proses mengeluarkan bangkai pesawat terbabit.

“Semua kos bagi melakukan proses itu juga ditanggung pihak pemilik pesawat,” katanya dipetik Berita Harian.

Arahan itu dibuat susulan laporan pesawat ringan GT500 Microlight terhempas ke Sungai Mati, Tangkak, Johor, Sabtu lalu.

The post Melaka beri tempoh dua minggu keluarkan pesawat terhempas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian