Militan mungkin guna alasan ‘Rohingya dianiaya’ untuk lakukan serangan akan datang

MELBOURNE, 12 Muharram 1439H, Isnin – Menteri Luar Negera Australia, Julie Bishop memberi amaran kumpulan militan seperti Daesh dikhuatiri dapat bertapak di Asia Tenggara jika keganasan terus melanda etnik minoriti di Myanmar.

Bishop berkata, penganiayaan berterusan yang diketuai oleh serangan tentera di Myanmar, boleh menimbulkan masalah yang lebih besar.

“Kami amat bimbang sekiranya penganiayaan terhadap kumpulan muslim Rohingya Muslim akan digunakan oleh ISIS dan kumpulan pengganas lain sebagai sebahagian daripada naratif mereka untuk membuat ancaman senjata dan melawan Barat.

“Itulah sebabnya keadaan Myanmar ini mesti diselesaikan. Perlu ada resolusi politik tetapi dalam masa yang sama, bencana kemanusiaan memerlukan perhatian penuh kita semua,” kata Bishop kepada Insiders.

Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, telah menghadapi kritikan tegas atas pengendaliannya terhadap situasi itu.

Dipercayai lebih dari setengah juta umat Islam Rohingya melarikan diri dari penganiayaan di negeri Rakhine, Myanmar.

Keadaan ini telah mencetuskan krisis kemanusiaan di negara jiran Bangladesh, yang telah menerima pelarian yang lari ke sempadan.

Awal minggu ini, polis Bangladesh berkata, lebih daripada 50 pelarian Rohingya dari Myanmar dilaporkan hilang dan berpuluh-puluh mati selepas bot mereka terbalik. – Agensi

The post Militan mungkin guna alasan ‘Rohingya dianiaya’ untuk lakukan serangan akan datang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian