Minta bantuan Interpol kesan Jho Low: Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Safar 1439H, Isnin – Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan yakin Interpol akan bertindak secara profesional, meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM tidak menerima maklumat terperinci daripada organisasi itu.

“Kita yakin Interpol akan bertindak secara profesional cuma PDRM tidak dapat maklumat terperinci daripada Interpol.

“Apa yang dilakukan oleh pihak antarabangsa telah dimuktamadkan dan saya yakin kes ini tidak lagi relevan kecuali dibangkitkan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati,” katanya.

Malah, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memaklumkan bahawa Presiden Interpol baharu merupakan timbalan menteri keselamatan China.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat, hari ini.

Azmin bertanya mengenai pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung usaha mendapatkan bantuan Interpol untuk membantu mengesan Jho Low membabitkan isu 1MDB.

The post Minta bantuan Interpol kesan Jho Low: Zahid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian