‘Minta PPIM selesaikan kes tipu ekspo kerjaya jual borang RM10’

BANGI, 10 Muharram 1439, Ahad – Orang ramai meminta mereka yang rasa ditipu oleh penganjur ekspo kerjaya yang berlangsung di Tabung Haji Hotel Kepala Batas, Alor Setar untuk membuat laporan aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sejak awal pagi hari ini, tular di media sosial luahan seorang pemilik akaun MissRenne NJ yang merasa amat teraniaya dengan apa yang berlaku di tapak ekspo berkenaan semalam.

Katanya, dia dan pengunjung lain terpaksa beratur panjang sehingga dua jam sebelum diberi pilihan membeli borang dengan harga RM10 sekeping.

“Aku beratur hampir dua jam, itu pun tak dapat masuk lagi. Aku mula tanya soalan bertalu-talu dan mempersoalkan dia (petugas ekspo) setelah aku beratur dua jam then aku kena keluarkan duit RM50 pula untuk beli borang? Sistem bodoh apa macam tu?,” luahnya.

Ramai pengguna lain mencadangkan agar laporan aduan dibuat kepada pihak PPIM untuk menyelesaikan masalah ini.

“”Ramai-ramai report PPIM, saya dah buat report. Minta saudara Yusuf Azmi mai tengok sat,” tulis Mujahid Mahdi.

Penganjur ekspo, dipercayai Jobsifu.com telah memadamkan laman Facebook mereka setelah mendapat kecaman ramai.

KEJADIAN DI TH HOTEL HARI NI!!!Aku dah lama tak buka facebook ni atas sebab2 tertentu…tapi hari ni aku buka juga fb…

Dikirim oleh MissRenne NJ pada 30 September 2017

The post ‘Minta PPIM selesaikan kes tipu ekspo kerjaya jual borang RM10’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian