Nahas di Nilai: Polis mengesan pemandu treler

NILAI, 8 Safar 1439H, Sabtu – Polis sedang mengesan pemandu treler yang dipercayai melarikan diri selepas kenderaannya terbabit kemalangan maut mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 270.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pemandu berkenaan telah dikenalpasti sebagai P Kanes, 29, beralamat terakhir di Jalan Tembusu, Bukit Rotan, Selangor.

Katanya, lelaki terbabit menghilangkan diri selepas kejadian berkenaan dan sehingga kini belum tampil membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

“Polis menerima maklumat pemandu treler tanpa muatan itu melarikan diri selepas kejadian. Usaha mengesannya sedang dijalankan.

“Kami meminta dia datang ke Balai Polis Nilai untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zaldino turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Kanes supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Asisten Superintendan Mohammad Nasrun Ab Rahman di talian 019-3468170 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Syafiq Azmy (014-5082450) atau Balai Polis Nilai (06-7991222).

Dalam kejadian jam 5.30 petang berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban di sini, Lau Lian Huat, 62, dan isteri Lim Ah Gim, 60, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan terbabit yang menghala ke utara hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan mangsa.

BERITA BERKAITAN: 

Dua maut kemalangan babit empat kenderaan di Nilai

The post Nahas di Nilai: Polis mengesan pemandu treler appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian