Nahas di Tapah: Identiti dua daripada sembilan mangsa dikenalpasti

BANGI, 8 Safar 1439H, Sabtu – Polis telah mengenalpasti identiti dua daripada sembilan mangsa yang terkorban dalam kemalangan maut membabitkan sebuah van dan lori ais di Kilometer 45, Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Diawan hari ini.

Dua mangsa berkenaan ialah seorang lelaki yang juga pemandu van, Lew San Jau, 33, dan penumpang wanita berusia 77 tahun, Lai Kwai Lan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa terbabit maut akibat kecederaan teruk di kepala.

“Sementara identiti mangsa lain sedang dikenalpasti.

“Pemandu lori ais, seorang lelaki berusia 22 tahun dari Taman Aman Fasa 2 Mambang Diawan, Kampar di sini mengalami kecederaan parah patah kaki dan kecederaan dalaman,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Menurutnya, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

The post Nahas di Tapah: Identiti dua daripada sembilan mangsa dikenalpasti appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian