Naib Presiden Isma terima Anugerah Kehormat dari RCOG, London

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 14 Muharram 1439H, Isnin – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin telah menerima Anugerah Kehormat Honorary Fellowship oleh Royal College of Obstetricians & Gynaecologists, London, baru-baru ini.

Prof Dr Zainur yang juga Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) berkongsi perasaan terharu dan gembira beliau sambil menganggap kejayaan ini sebagai kejayaan kepada aktivis dakwah dan perjuangan untuk memartabatkan Islam dan umat di peringkat nasional dan dunia.

Anugerah yang diterima Prof Dr Zainur merupakan satu penghargaan kepada doktor pakar daripada seluruh dunia yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang perubatan terutamanya perbidanan dan sakit puan (obstetrik dan ginekologi) kepada masyarakat di peringkat nasional, serantau atau antarabangsa.

Antara sumbangan Prof Dr Zainur ialah memberikan khidmat perubatan sebagai Pakar Perunding Kehormat Obstetrik & Ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar sejak 15 tahun yang lalu.

Beliau yang juga seorang profesor di International Medical University (IMU) Seremban telah terlibat secara langsung dalam pendidikan Obstetrik & Ginekologi sejak 17 tahun yang lalu.

Selain itu, beliau juga pernah diamanahkan sebagai Dekan Klinikal, IMU.

Pada masa sama, beliau turut terlibat secara aktif dalam bidang kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa melalui Isma, Aman Palestin, I-Medik dan Yayasan Ikhlas.

Beliau juga pernah menyertai atau mengetuai misi perubatan Dan bantuan Kemanusiaan ke Afghanistan, Acheh (Tsunami), Gaza, Syria, Lubnan, Bangladesh (Rohingya), pedalaman Sarawak dan Sabah serta misi banjir Pantai Timur.

The post Naib Presiden Isma terima Anugerah Kehormat dari RCOG, London appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian