Najib kata tiada campur tangan politik beli pesawat
BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Keputusan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) membeli 58 buah kapal terbang Boeing dengan nilai AS$10 billion, tidak mempunyai sebarang campur tangan politik, dakwa Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, perkara itu telah dijelaskan sendiri oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maĺaysia Airlines, Peter Bellew baru-baru ini.
“Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Malaysia Airlines dan Boeing dengan pembelian pesawat-pesawat baharu dan penyelenggaraan pesawat merupakan pelaburan jangka panjang malah sejajar dengan pelan transformasi MAB.
“Malaysia Airlunes akan dapat memperkukuhkan kedudukan syarikat penerbangan nasional secara tidak langsung mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkaitan industri penerbangan, pembuatan dan perkhidmatan,” katanya.
Najib berkata demikian menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dalam siding Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, King Sing meminta Najib menyatakan hasil lawatan kerja ke Amerika Syarikat pada September lalu.
Mengulas menggenai pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di AS, Najib berkata, itu perkara baharu, memandangkan agensi itu sudah mempunyai pelaburan sebanyak AS$6 bilion dengan negara berkenaan.
“KWSP bercadang untuk menambah pelaburan di antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion dan jumlah ini hanyalah 17 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan KWSP di luar negara,” katanya.
The post Najib kata tiada campur tangan politik beli pesawat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan