ismakualaterengganu

Najib sekat pembangkang kumpul dana politik: Tun M

BANGI, 12 Muharram 1439H, Isnin – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui parti pembangkang kini tidak dapat mengumpu...

BANGI, 12 Muharram 1439H, Isnin – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui parti pembangkang kini tidak dapat mengumpul dana untuk urusan parti kerana sekatan dan tekanan diberikan kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tulisan terbaru di laman blognya, chedet.cc beliau berkata, dengan cara ini Najib yang menjadikan ‘Cash is King’ dapat menentukan kemenangannya pada pilihan raya akan datang.

“Orang yang berada dan mungkin menderma kepada parti lawan diugut dan didera dengan mengganggu kehidupan mereka. Institusi yang diguna ialah polis, Jabatan Hasil Dalam Negeri dan juga SPRM.

“Pegawai Jabatan Hasil akan menggeledah premis dan membuat tuntutan bayaran cukai korporat tambahan yang tidak berasas. Jika sasaran enggan membayar mereka akan senarai hitamkan syarikat, merampas buku-buku akaun dan rekod-rekod supaya perniagaan tidak dapat dijalankan,” katanya.

Bukan itu sahaja, malah Najib juga, katanya, boleh bertindak mengarahkan bank-bank supaya tidak memberi pinjaman modal atau apa-apa pinjaman kepada syarikat atau individu yang menyokong parti-parti lawan.

“Cukai tambahan yang dikenakan boleh meningkat sehingga puluhan, bahkan ratusan juta. Segala urusan perniagaan diganggu, kebenaran ditangguh berbulan bahkan bertahun. Peniaga kecil juga diugut sehingga mereka terpaksa tutup perniagaan.

” Sekarang ini tuduhan dibuat kononnya peniaga terlibat dengan pembersihan wang (money laundering) yang didapati secara salah, seperti dicuri atau dari perniagaan dadah.

“Bukti, kesalahan ini tidak ditunjuk. Hanya dengan membuat tuduhan maka akaun wang dalam bank pihak yang dituduh boleh dibekukan. Ini menghentikan perniagaan yang dituduh. Jika bangunan sedang didirikan, kerja terpaksa dihentikan. Peniaga mungkin kehilangan punca pendapatan sama sekali,” katanya.

Meskipun begitu, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun berkata, sekatan terhadap pembangkang yang berkemungkinan tidak mempunyai dana yang cukup ini, diganti dengan semangat yang kental dan kesanggupan untuk berkorban apa sahaja demi bangsa, agama dan tanah air.

“Parti lawan sekarang tidak dapat mengumpul dana untuk urusan parti. Walaupun ahli dan pemimpin sanggup berkorban untuk membiayai aktiviti mereka, tetapi untuk pilihan raya wang yang banyak diperlukan.

“Poster, sepanduk, rapat umum, perjalanan, kempen, bendera dan bermacam lagi alatan perlu disediakan. Jika kempen yang kerap yang disertai dengan poster-poster yang menarik tidak diadakan maka pengundi tidak akan dapat penerangan perjuangan parti lawan serta menafi dan menolak secara berkesan dakwaan Parti Kerajaan.

“Juga balasan diakhirat kerana berpegang teguh kepada kebenaran dan menolak kemungkaran. Cash mungkin dianggap sebagai King oleh Najib. Tetapi rasuah tetap rasuah. Memenangi PRU dengan rasuah masih merupakan rasuah dan jenayah dalam masyarakat Malaysia. Ia masih juga berdosa disisi agama Islam,” katanya.

The post Najib sekat pembangkang kumpul dana politik: Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 8979474851286524346

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item